USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR SAMPAIKAN SIJIL GRADUASI AKADEMI BAITUL HIKMAH PUSAT ISLAM USM

296309375 10227578285187109 4523242288268388577 n

USM PULAU PINANG, 27 Julai 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan menyampaikan sijil kepada kira-kira 63 orang penerima di majlis Graduasi Akademi Baitul Hikmah, Pusat Islam USM kali ke-7 pagi ini.

Hadir sama ialah Pengarah Pusat Islam, Ustaz Haji Mohammad Shukri Osman.

Mereka menerima sijil untuk Program Intervensi Al-Quran (Quran @ Qalbu), Kuliah Pengajian Al-Quran dan Tajwid Dewasa 202, Kuliah Pengajian Al-Quran dan Tajwid Dewasa 202, Sijil Penyertaan Pra-Tahfiz 2021, Sijil Syariah Islamiah 2020, Sijil Asas Pengajian Islam 2020, Sijil Asas Pengajian Islam 2021 dan Sijil Tamat Hafalan (5 Juzuk) – Pra-Tahfiz 202.

Antara penerimanya ialah Mejar (B) Haji Muhammad bin Mat Salleh yang berumur 75 tahun kini seorang peniaga di Kampung Melayu Pulau Pinang. Beliau yang bersama-sama Pusat Islam sejak 2018 berjaya menghafaz 5 juzuk Al-Quran menerima Sijil Tamat Pra-Tahfiz.

Menurut Mohammad Shukri, Pusat Islam menawarkan program-program ini untuk memberi peluang kepada masyarakat terutamanya warga USM yang berusia 18 tahun ke atas untuk mendalami ilmu agama bermula dari pengajian Al-Quran sehingga pensijilan Pengajian Islam.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 367

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024