IMAM DAMAM MADINAH KUNJUNG HORMAT NC
PULAU PINANG, 2 Ogos 2013 – Imam Damam Madinah, Syeikh Ahmad Hamd Al-Sa’id Ali’ Abd Al-Qadir hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.
Beliau berada di USM sepanjang bulan Ramadhan sehingga Aidil Fitri yang ketiga bagi mengimamkan solat sunat Tarawikh, Qiyamullail dan juga solat sunat Aidil Fitri di Masjid Al-Malik Khalid USM.
Pada masa yang sama, beliau juga berkesempatan menunaikan solat dan menjadi imam di 15 buah masjid sekitar Pulau Pinang dan di luar negeri Pulau Pinang pada 10 malam di pertengahan bulan Ramadhan.
“Ini adalah kali ketiga saya menyambut Ramadhan dan Syawal di Malaysia dan saya sangat gembira berpeluang berada di Pulau Pinang amnya dan USM khususnya. Di sini sangat tenang untuk melakukan ibadah,” kata Syeikh Ahmad.
Beliau juga mengingatkan semua untuk berbakti dan juga selalu menziarahi kedua ibubapa sementara masih ada.
Omar mengucapkan ribuan terima kasih atas peringatan yang diberikan serta kesudian beliau untuk berada di sini selama lebih sebulan untuk sama-sama beribadat di bulan mulia ini. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 913