USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN BULAN HRMIS 2022 PERINGKAT USM - MAT DATA: KEMASKINI DATA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

IMG 0063

USM PULAU PINANG, 27 Julai 2022  -  Bahagian Sumber Manusia (BSM) Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Sambutan Bulan HRMIS 2022 Peringkat USM hari ini.

Perasmian sambutan dilaksanakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan turut bersama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman; Timbalan Naib Canselor (Kelestarian & Pembangunan Institusi) Profesor Dr. Md Roslan Hashim; Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali; dan Penolong Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia, Supt. Rozeni Ismail.

Sambutan ini merupakan sebahagian dari usaha USM untuk sentiasa menerapkan budaya ketepatan data dalam kalangan warga USM sejajar dengan tema sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini iaitu #KetepatanDataAspirasiKita.

Terdapat pelbagai sesi perkongsian dan sesi dialog yang akan diadakan dan perkhidmatan kaunter e-pelanggan (secara Webex) juga dibuka untuk memudahkan staf membuat sebarang pertanyaan mengenai pengemaskinian rekod peribadi dalam sistem HRMIS.

Sempena Sambutan Bulan HRMIS ini, Kaunter Perkhidmatan e-Pelanggan HRMIS dibuka pada hari kejadian, dan merupakan platform untuk memaksimumkan penyampaian perkhidmatan dan memberi peluang kepada pelanggan untuk mengemukakan pandangan, pertanyaan atau cadangan mengenai HRMIS.

#usm #welead #hrmis #matdata

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 429

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024