USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKSIS USM NAIB JOHAN KESELURUHAN BAGI KEJOHANAN SUTRA KALI KE-10

ARAU PERLIS, 1 Julai 2022 – Tahniah diucapkan kepada pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Sains Malaysia (USM) kerana berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Suksis Zon Utara (SUTRA) kali ke-10 baru-baru ini.

8584E214 F264 43CA 89E7 A0145C60368D

SUKSIS USM berjaya mengutip tiga pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa daripada enam acara yang dipertandingkan sepanjang temasya tersebut.

Kejohanan ini menggariskan tiga objektif utama iaitu, memperkukuhkan hubungan kekeluargaan SUKSIS Zon Utara melalui medan bersukan, mengenali dan mencungkil potensi pelatih SUKSIS dalam bidang sukan, serta mempromosikan SUKSIS Zon Utara melalui keterlihatan dalam bidang sukan.

D6CF725B 23CE 4DF7 BDCA 12A58A238991

SUTRA yang sudah masuk tahun kesepuluh penganjurannya pada tahun ini dianjurkan oleh Suksis Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan Kerjasama Suksis Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Suksis USM.

Kor Suksis USM telah menghantar kontinjen pelatih seramai 115 orang, yang terdiri daripada 96 atlet dan 19 pengurus sukan.

5104B128 A5E6 4A0D 9532 A55563A38027

Kejohanan SUTRA Kali ke-10 ini telah berlangsung dengan jayanya pada 24-25 Jun 2022 lalu bertempat di UniMAP.

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli/Foto: Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) USM

  • Created on .
  • Hits: 506

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024