USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPDK INDUK USM BERSAMA BJIM ANJUR PROGRAM JALINAN KASIH, ERATKAN HUBUNGAN PELATIH ANAK-ANAK ISTIMEWA

USM PULAU PINANG, 25 Jun 2022 – Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) bersama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Program Hari Keluarga PPDK hari ini di Padang KOPA Arena USM.

20F423E6 468B 4F9D 8D71 57D59CDDE0F4

Program ini yang diadakan pada julung kalinya sejak penubuhan PPDK pada tahun 2019, merupakan aktiviti permainan padang yang melibatkan 32 orang pelatih (anak-anak istimewa) beserta ibu bapa/penjaga yang turut serta, termasuk Jawatankuasa Kluster Orang Kurang Upaya (OKU) USM.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dalam memperkasakan kumpulan OKU, terutamanya kepada pelatih PPDK Kampus Induk USM.

Program dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan dalam ucapan perasmiannya berkata, pihak universiti amat prihatin terhadap perkembangan, pemulihan, kebajikan dan keselamatan pelatih OKU, yang mana pihak universiti akan sentiasa memastikan PPDK dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelatih dan ibu bapa.

F07AA22F 8713 46C2 8534 E1B2F648CDE6

“Hal ini juga menunjukkan bahawa universiti amat serius dalam memastikan kita dapat melahirkan modal insan dari dalam kalangan pelatih OKU mengikut kapasiti kemampuan dan potensi yang mereka ada.

“Penglibatan ibu bapa secara aktif sangat diperlukan supaya potensi mereka dapat dikenal pasti dan gilap di peringkat awal lagi,” katanya.

Tambah Faisal Rafiq, penghargaan juga kepada enam orang petugas dan seorang penyelia bagi aspek masa, tenaga dan sebagainya dalam memastikan perkembangan pelatih dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa, yang mana penjagaan pelatih amat memerlukan komitmen dan kesabaran yang sangat tinggi.

“Penglibatan semua pihak adalah penting bagi memastikan kesejahteraan hidup agar golongan OKU dapat dibantu menjalani hidup dengan kekurangan atau kecacatan mereka, dan mereka bukanlah liabiliti sebaliknya adalah produktiviti,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi PPDK Kampus Induk USM, Dr. Syazwani Drani dalam ucapannya, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BJIM yang bertindak sebagai penaja utama program dan juga kepada penaja bersama program iaitu pihak KOPA.

5295C8D5 E53A 4B37 A618 8E1158DEFF0B

“Saya percaya program seumpama ini dapat menjadi mekanisme untuk meningkatkan kepekaan pelatih terhadap persekitaran yang seterusnya membantu meningkatkan potensi perkembangan fizikal, deria dan estetika secara holistik,” katanya.

Program setengah hari itu turut melibatkan aktiviti permainan kategori pelatih, kategori ibubapa dan pelatih serta kategori staf PPDK, BJIM, ibu bapa dan penjaga PPDK.

Turut hadir sama ke program adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni merangkap Pengerusi Kluster OKU dan Timbalan Naib Pengerusi PPDK Kampus Induk USM, Profesor Dr. Azlinda Azman; Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan mewakili Dekan, Dr. Abdul Rais Abdul Latiff; dan Penyelaras Jaringan Komuniti, BJIM, USM, Mohamad Nur Hazim Mazlan.

Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Kampus Induk USM ini mula ditubuhkan pada Jun 2019 dan USM merupakan universiti awam pertama yang menubuhkan PPDK dalam kampus yang melibatkan Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan dan Kampus Induk, Pulau Pinang.

90F2BE47 960A 4ABF 81B1 549BD89B023F

Program PPDK di dalam USM berteraskan ‘Training of Trainer’ (ToT) bagi meningkatkan kapasiti keupayaan pelatih sejajar dengan kepentingan intervensi komprehensif dan kompeten untuk pelatih berkeperluan khas.

Text: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 546

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024