USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SAMBUT AIDILADHA PENUH KESYUKURAN, RAI ERTI PENGORBANAN

USM, PULAU PINANG, 10 Julai 2022 – Sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini dirai dalam suasana sederhana tetapi penuh dengan keimanan dan ketaqwaaan dalam keadaan aman dan damai.

Bermula dengan Solat Sunat Aidiladha dengan kehadiran lebih 1,000 jemaah warga USM, qariah, orang awam dan pelajar antarabangsa USM telah menambahkan lagi suasana kemeriahan dalam semangat kekeluargaan sambutan perayaan bagi tahun ini.

Khutbah Aidiladha disampaikan oleh Pegawai Agama, Ustaz Iswandi Abd. Mokmin.

WhatsApp_Image_2022-07-10_at_10.50.53_AM.jpg

Dalam pada itu, Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan memohon agar semua warga USM menyanjung tinggi dan bersyukur dengan perayaan tahun ini dan terus menikmati kesyukuran.

“Kepada warga USM, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan dan terus menghayati erti pengorbanan walau dalam apa jua kekangan yang dihadapi,” katanya yang turut mengucapkan Salam Aidiladha buat semua warga USM dan seluruh masyarakat Islam yang meraikan.

Tambahnya, pengorbanan untuk USM supaya institusi ini terus maju ke hadapan adalah satu perkara yang perlu dilaksanakan bersama-sama oleh warganya.

Bagi ibadah qurban tahun ini di USM, sebanyak 24 ekor lembu dan 30 ekor kambing termasuk 2 biri-biri telah dikorbankan.

WhatsApp_Image_2022-07-10_at_1.50.33_PM_1.jpg

WhatsApp_Image_2022-07-10_at_1.50.33_PM.jpg

Suasana perayaan sebegini mampu menjadi medan untuk mengukuhkan ukhwah di antara warga USM dengan masyarakat setempat, di samping meraikan suasana muhibbah yang turut menjadi salah satu daya tarikan kepada komuniti di USM.

WhatsApp_Image_2022-07-10_at_10.50.52_AM.jpeg

Hari Raya Aidiladha disambut umat Islam seluruh dunia bagi memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya dengan kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan dan juga petanda berakhirnya musim Haji ke Mekah.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 506

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024