USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT CEO CELCOM AXIATA BHD, BINCANG POTENSI MELUASKAN KERJASAMA

IMG 5638

USM PULAU PINANG, 23 Jun 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Axiata Berhad, Datuk Mohamad Idham Nawawi di The Bricks di sini, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah untuk sesi pengenalan produk Celcom dan membincangkan potensi untuk meluaskan kerjasama pada masa hadapan yang boleh memberi manfaat kepada USM dan Celcom Axiata Berhad.

Turut diadakan acara penyerahan sepuluh biji telefon yang telah dibaiki dan beroperasi dengan baik (refurbished) untuk kegunaan sekolah-sekolah yang terlibat dengan program EL30, iaitu projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Usains Holding Sdn. Bhd.

IMG 5697

“Saya bagi pihak USM merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak Celcom kerana menghulurkan bantuan berupa kad SIM, tablet dan komputer riba kepada pelajar-pelajar yang memerlukan sebelum ini,” kata Faisal Rafiq.  

Mohamad Idham turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada USM yang sudi menerima kunjungan delegasi Celcom, serta mengharapkan kerjasama antara syarikat telekomunikasi ini dan USM dapat dijadikan contoh kolaborasi industri dan akademia yang mantap yang boleh memberi impak kepada pendidikan tinggi negara.

Perjumpaan santai tetapi amat bermakna itu turut disertai empat lagi pegawai utama Celcom termasuk Ketua Pegawai Operasi (COO), Afizulazha Abdullah; dan Ketua Sektor Awam, Mohd Hafizi Md Padely.  

IMG 5703

 

Bagi USM pula, yang hadir bersama ialah Bendahari USM, Kamarul Ariffin Ngah; Pengarah Pejabat Pembangunan Korporat Strategik USM, Haji Muhamad Sabri Said; dan beberapa lagi pegawai utama.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 439

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024