USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM DAN ORANG RAMAI YANG BERMINAT DISERU SOKONG BIDA NOMBOR PLAT KERETA PENDAFTARAN KHAS USM 1 – USM 9999 DENGAN MUAT NAIK APLIKASI carplates.my

288337121 5310428022351521 4022096759923122111 n

USM PULAU PINANG, 16 Jun 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini secara rasmi melancarkan penjualan nombor pendaftaran khas USM 1 – USM 9999 dengan mengekalkan kombinasi huruf USM bagi mewakili UNIVERSITI SAINS MALAYSIA dalam pemilihan plat khas Universiti ini.

Seluruh warga dan alumni USM serta mereka yang berminat diharapkan menyokong usaha ini dengan membida nombor (USM1-USM9999) yang bermula pada 17 Jun 2022.

Bidaan boleh dibuat dengan memuat turut aplikasi carplates.my di Google Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone.

288736769 5310428065684850 3129490069499694452 n

 

Pembida boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftaran, bergantung kepada nilai yang telah ditetapkan di dalam sistem bidaan.

Proses bidaan ini berlangsung seperti tarikh berikut:

  • 17 Jun 2022 – 20 Jun 2022 bagi nombor 1 – 99 
  • 17 Jun 2022 – 21 Jun 2022 bagi nombor 100 – 1999
  • 17 Jun 2022 – 22 Jun 2022 bagi nombor 2000 – 2999
  • 17 Jun 2022 – 23 Jun 2022 bagi nombor 3000 – 3999
  • 17 Jun 2022 – 24 Jun 2022 bagi nombor 4000 – 4999
  • 17 Jun 2022 – 25 Jun 2022 bagi nombor 5000 – 5999
  • 17 Jun 2022 – 26 Jun 2022 bagi nombor 6000 – 6999
  • 17 Jun 2022 – 27 Jun 2022 bagi nombor 7000 – 7999
  • 17 Jun 2022 – 28 Jun 2022 bagi nombor 8000 – 8999
  • 17 Jun 2022 – 29 Jun 2022 bagi nombor 9000 – 9999

Dana yang diperolehi hasil dari penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu Universiti menyokong mempertingkatkan lagi kerja-kerja penyelidikan yang sedang giat dijalankan.

  • Created on .
  • Hits: 4852

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024