PROGRAM PAUTAN KASIH RAMADHAN : SANTAI SAHUR BERSAMA MASYARAKAT
RAMADHAN telah memasuki fasa terakhir. Bulan rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. Bersempena dengan bulan suci ini sukarelawan staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia akan mengedarkan 500 bungkus makanan dan minuman secara percuma dalam program Pautan Kasih Ramadhan; Santai Sahur Bersama Masyarakat. Program ini akan diselaraskan oleh pasukan USMaRT (Universiti Sains Malaysia Respond Team), Pusat Islam USM, Sekretariat Sukarelawan Pelajar USM, dan Sekretariat Ekspo Konvokesyen (ConvEX) pada 31 Julai 2013 dan 1 Ogos 2013 sebagaimana berikut;
Bil |
Tempat |
Masa/Tarikh |
Kumpulan Sasaran |
1 |
Membungkus makanan di Dapur Pusat Islam USM |
10.45 malam 31 Julai 2013 |
Sukarelawan akan membungkus 200 bungkus makanan tambahan(300 bungkus sedia ada) |
2 |
Berkumpul di Parking Pusat Islam |
12.00 t/malam 31 Julai 2013 |
Agihan makanan kepada Staf USM yang bekerja syif malam
|
3 |
Padang Kota Lama
|
1.0 pagi 1 Ogos 2013 |
Kumpulan Gelandangan, Pengayuh Beca, Kanak-kanak |
4 |
Komtar
|
1.30 pagi 1 Ogos 2013 |
Kumpulan Gelandangan, Pemandu Bas/Teksi |
5 |
Masjid Jamek Lebuh Aceh |
2.00 pagi 1 Ogos 2013 |
Kumpulan Gelandangan, Kanak-kanak
|
6 |
Hospital Pulau Pinang
|
2.30 pagi 1 Ogos 2013 |
Keluarga pesakit yang bermalam di Hospital, Staf Sokongan Hospital |
Sukacita kami ingin menjemput staf yang berkelapangan dan berminat untuk menjadi sukarelawan membantu proses pembungkusan dan agihan makanan sahur pada malam 31 Julai 2013 atau ingin menghulurkan sumbangan ikhlas dalam bentuk penajaan makanan/wang tunai bagi membolehkan bantuan dapat diperluaskan secara tersusun. Sekian, terima kasih.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi ;-
KHAIRUL ERUWAN BIN ABDUL HALIM
Penyelaras
PROGRAM PAUTAN KASIH RAMADHAN:
SANTAI SAHUR BERSAMA MASYARAKAT
Ketua Penolong Pendaftar
Seksyen Pembangunan Organisasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
No Tel: 04-653 6088 H/P : 012-594 9697 Emel:
Sekian, terima kasih.
- Created on .
- Hits: 1136