KUNJUNG HORMAT CEO RHB ISLAMIC BANK
USM PULAU PINANG, 10 Jun 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan menerima kunjungan dan sumbangan zakat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RHB Islamic Bank, Dato’ Adissadikin Ali, di Pusat Islam USM selepas solat Jumaat hari ini.
Kunjungan hormat itu adalah satu usaha dalam mengeratkan hubungan sedia ada selain berkongsi manfaat kerjasama antara kedua-dua pihak di masa akan datang.
Yang turut hadir dari RHB Islamic Bank ialah Ketua Pembangunan Perniagaan Islam, Razali Haji Mohd Noh dan Ketua Jualan (Utara) Nor’azam Ismail; serta Bendahari USM Haji Kamarul Ariffin Ngah; Pengarah Pembangunan Korporat Strategik USM, Haji Muhamad Sabri Said, mantan Ombudsman USM, Profesor Dato' Seri Md. Salleh Yaapar dan Pengarah Pusat Islam, Ustaz Haji Mohammad Shukri Osman.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 549