USM METERAI PERSEFAHAMAN DENGAN NEXTGLASS TECHNOLOGIES TUBUH PUSAT PENYELIDIKAN
KULIM HI-TECH PARK, 9 Jun 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) hari menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NextGlass Technologies untuk menubuhkan USM-NextGlass Research Centre.
Usaha ini akan memberi faedah kepada ahli akademik, pelajar dan para penyelidik untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran-pembelajaran.
USM diwakili oleh Naib Canselor, Professor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Dekan PPPJJ, Profesor Madya Dr. Zulnaidi Yaacob manakala NextGlass Technologies diwakili oleh Pengarah Urusan, Gideon Thor dan Pengurus Operasi, Ch’ng Ker Sing.
NextGlass Technologies menghasilkan Polymer-Dispersed Liquid Crystals (PDLC Film) dan Electrochromic Film (EC Film) serta kaca berkualiti tinggi untuk industri tempatan dan antarabangsa.
- Created on .
- Hits: 389