USM TERIMA KUNJUNGAN TEHRAN UNIVERSITY OF MEDICAL SCIENCES (TUMS)
USM PULAU PINANG, 27 Jun 2022 – Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat hari ini berbesar hati menerima kunjungan delegasi Tehran University of Medical Sciences (TUMS), Iran.
Delegasi TUMS terdiri daripada Pengarah Pembangunan Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Arman Zargaran; Ketua Pejabat Pemasaran Antarabangsa, Dr. Ardalan Shariat; dan Pegawai Pemasaran Antarabangsa, Mir Mohammad Reza Seyed Hassani.
Lawatan ini adalah satu usaha dalam mengeratkan hubungan sedia ada yang terjalin sejak tahun 2014 selain berkongsi manfaat kerjasama antara kedua-dua belah pihak di masa akan datang dalam beberapa bidang pengajian yang menjadi kekuatan bersama kedua-dua institusi ini.
Turut hadir di perjumpaan yang berlangsung di Bilik Persidangan Canselori (CCR) ialah Pengarah Pembangunan Korporat Strategik USM, Hj. Muhamad Sabri Said dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Akademik dan Antarabangsa USM, Hj Ramli Osman.
Tehran University of Medical Sciences (TUMS) adalah universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Republik Islam Iran. Ia kini berada di kedudukan 601-800 dalam penarafan Times Higher Education (THE).
Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli/Poster: Muhamad Ihsan Abu Bakar
- Created on .
- Hits: 404