USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CAREER FAIR, ACARA IKONIK KAMPUS KEJURUTERAAN DIANJURKAN SECARA HIBRID PADA TAHUN 2022

DSC 9205

NIBONG TEBAL, 3 Jun 2022 – Memasuki fasa peralihan endemik, pihak Career Fair 2022 mengambil pendekatan baharu dengan melaksanakan acara tahunan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) ini secara hibrid pada 27 April lalu.

Career Fair 2022 yang diadakan untuk tahun ke-16 ini merupakan medium terbaik dalam mempersiapkan pelajar bukan sahaja dari USM malah dari Institusi Pengajian Tinggi yang lain ke alam pekerjaan apatah lagi bagi mereka yang sedang berada dalam tahun akhir pengajian.

Malah, perkara ini turut diakui oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang berharap agar ianya akan melatih pelajar untuk memperhalusi kemahiran berfikir serta kemahiran berkomunikasi masing-masing untuk menghasilkan lebih banyak idea yang kreatif dan kritis setiap hari.

279081819 5540285906005699 4545955328454508427 n

“Kami di USM percaya bahawa pendidikan tinggi adalah penting dalam proses peralihan untuk mengubah seseorang pelajar menjadi graduan yang bernilai tinggi di alam kerjaya terutamanya melalui latihan amali serta latihan industri yang disediakan di Career Fair 2022 ini,” kata beliau.

“Melalui pengalaman ini, pelajar juga seharusnya dapat belajar untuk bekerjasama dalam menangani perubahan dan cabaran di masa hadapan,” tambah Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian Career Fair 2022 di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan.

279359556 3125244961125051 8255781320945874981 n

Bagi Naib Presiden Micron Memory Malaysia, Ramu Iyer, beliau percaya melalui gabungan penganjuran acara ini secara maya dan bersemuka jelas mampu memberikan pengalaman baharu kepada syarikat yang terlibat.

“Malah, ianya akan turut meyakinkan mereka untuk kembali menyumbang kepada acara ini di tahun-tahun akan datang, yang mana penganjuran secara hibrid itu sendiri adalah satu pencapaian luar biasa Kampus Kejuruteraan USM dalam memastikan ianya kekal relevan seiring dengan kemajuan zaman,” kata Ramu.

279550218 3125244881125059 7810833771761383252 n

“Bagi pihak Micron Memory Malaysia yang merupakan penaja platinum Career Fair selama empat tahun berturut-turut, saya berbangga menjadi sebahagian daripadanya dan secara peribadi akan bersama-sama dengan USM dalam memastikan acara ikonik ini terus melahirkan lebih ramai pendominasi pekerjaan di masa akan datang,” tambah beliau lagi.

279418720 3125245167791697 6272421783624275726 n

Turut hadir dari USM adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman; Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria serta Dekan-dekan Pusat Pengajian, Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 386

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024