USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM METERAI PERSEFAHAMAN TEROKAI KERJASAMA STRATEGIK DENGAN UNIVERSITI MERCU BUANA

usmjakarta

JAKARTA, 26 Julai -Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai perjanjian persefahaman dua hala dengan Universiti Mercu Buana (UMB) untuk mengukuhkan kerjasama yang telah lama terjalin antara pusat-pusat pengajian USM dengan beberapa fakulti UMB sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  


Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr Omar Osman, yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak USM mengatakan, adalah penting sebagai sebuah universiti APEX untuk melebar luas hubungan dua hala dengan pelbagai universiti di dunia dan tidak hanya tertumpu kepada universiti-universiti yang besar semata-mata.  

Beliau tertarik dengan UMB, sebuah universiti swasta yang mempunyai kira-kira 18,000 pelajar ini diurus tadbir dengan baik dan lestari.  

Perjanjian ini meliputi pertukaran pelajar dan kakitangan akademik dalam bidang-bidang seperti Komunikasi Massa, Pelancongan, Seni Bina, Ekonomi dan juga Pengurusan.  

Ia turut meninjau kemungkinan untuk saling mengiktiraf pengajian-pengajian strategik untuk menggalakkan lagi pertukaran-pertukaran ini.  Kedua-dua universiti ini akan meneroka beberapa model dan cara yang sesuai untuk dijadikan asas kepada hubungan dua hala ini.  

Semenatara itu, Timbalan Rektor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar UMB, Dr. Dana Santoso melihat USM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang unggul di Malaysia yang boleh dijadikan tanda-aras apatah lagi UMB yang amat memerlukan bantuan dan kerjasama penyelidikan dan bidang-bidang tertentu.  

Kedua-dua pihak merancang untuk mengadakan satu dialog dua hala meliputi pelbagai bidang pada bulan Disember nanti untuk memperincikan lagi kerjasama ini. Teks: Profesor Dr. Badaruddin Mohamad/Foto: Hj. Badrol Hisham Mohd Nowani (CETREE)

  • Created on .
  • Hits: 1288

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024