USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AGAMA TERAS TRANSFORMASI

usmtyt2

PULAU PINANG, 24 Julai - Ramadhan adalah satu sistem pendidikan berpaksikan wahyu yang jika dihayati sepenuhnya mampu menggerakkan perubahan yang kita ingini dalam menunaikan amanah yang ada.

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, kita boleh menjadi model utama proses transformasi pengajian tinggi yang jitu dan bersepadu dari tadbir urus insani yang bertunjangkan integriti sehinggalah kepada usaha keseluruhan termasuk autonomi yang juga perlu bersandarkan kepada akuantabiliti yang bertoggakkan pegangan kuat kepada agama.

usmtyt3

Berucap di majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Naib Canselor menyeru agar hal ini ini dihayati, daripada pelajar hinggalah kepada pensyarah, penyelidik, pengurusan bakat dan siswazah yang seharusnya berfokuskan usahanya dalam mendapat keberkatan Allah s.w.t melalui setiap output yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk.

“Kerana itu, saya bersyukur memandangkan sepanjang Ramadhan ini USM meneruskan usaha melakukan transformasi melalui perancangan berstrategik dalam kalangan pelbagai jabatan utamanya dalam memastikan kita dapat melakukan perubahan yang lebih realistik untuk memenuhi tuntutan yang ada,” kata Omar. 

usmtyt4

Tambahnya lagi, perubahan-perubahan sekitar dan global yang berlaku memerlukan kita kembali membuat muhasabah, meneliti fungsi-fungsi yang ada dengan menyeluruh, melakukan penambahbaikan yang holistik dan membina kekuatan bersama dengan cara yang lebih strategik untuk melonjakkan lagi peranan universiti dalam menghadapi segala cabaran yang ada. 

“Saya bersyukur kerana USM berupaya meneruskan tradisi kecemerlangannya dalam pelbagai aspek dan mengharapkan juga agar kita dapat menggunakan sepenuhnya institusi agama dan masjid untuk menjadi satu lagi mekanisme utuh dalam menggerakkan transformasi ini selaras dengan kesyumulan Islam yang seharusnya kita martabatkan setinggi-tingginya,” kata Omar. 

usmtyt1

Beliau berharap agar USM berupaya menjadikan Pusat Islam, Mesjid dan beberapa pengajian dalam bidang Islam, termasuk Pembangunan Islam, dapat menjadi antara tonggak yang akan menggerakkan keupayaan yang ada dalam menjayakan proses transformasi USM serta APEX Fasa 2.

usmtyt5 

Kira-kira 500 orang hadir dalam majlis tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Shariff, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan isteri, Ahli Lembaga Gabenor Datuk Abdullah Wahab dan isteri, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Dato’ Seri Yusof Latiff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan Profesor Madya Dr. Abdul Aziz Latif dan isteri, Timbalan-timbalan Naib Canselor USM, pegawai-pegawai utama universiti, para pemimpin pelajar serta pelajar-pelajar antarabangsa. Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

usmtyt6 

 DSC 0452

  • Created on .
  • Hits: 1711

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024