USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KSU MOSTI MELAWAT CEMACS, KAGUM DENGAN HASIL KAJIAN

CDH 0014

TELUK BAHANG, 24 Mei 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan hari ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melakukan tinjauan singkat serta berbincang mengenai potensi kolaborasi bersama di masa hadapan.

Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; Pengarah CEMACS, Profesor Dato' Dr. Aileen Tan Shau Hwai, dan disertai warga staf dan pelajar CEMACS yang lain.

KSU MOSTI kemudiannya diberikan taklimat khas oleh Naib Canselor dan Pengarah CEMACS.

CDH 0071

Selesai taklimat, Zainal Abidin telah dibawa melihat beberapa fasiliti di CEMACS seperti makmal kajian, makmal ternakan serta galeri CEMACS.

Biarpun ia merupakan lawatan yang singkat, beliau mengakui bahawasanya beliau tertarik serta terpegun dengan usaha dan dapatan kajian yang telah dikumpul dan dihasilkan pihak CEMACS.

Lawatan ini adalah susulan kepada lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Dr. K. Nagulendran yang mengetuai delegasi seramai 13 orang ke CEMACS pada 25 April 2022 yang lalu.

CEMACS telah ditubuhkan pada tahun 1991 serta terletak di Teluk Aling, di kawasan pantai barat laut Pulau Pinang yang terletak dalam tapak Taman Negara Pulau Pinang.

CDH 0087

Ia merupakan di antara pusat kajian USM yang aktif dalam mencari jawapan kepada masalah di masa hadapan, khususnya terhadap ekosistem marin dan pantai serta sentiasa bersedia dalam menyebar maklumat dan menyalurkan bantuannya kepada komuniti tempatan dan juga global.

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 473

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024