USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROF DR. NOR AZAZI DILANTIK NAIB PENGERUSI I MANCID

USM, PENANG, 8 Jun 2022 - Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) Prof. Dr. Nor Azazi bin Zakaria telah dilantik sebagai Naib Pengerusi I Persatuan Kebangsaan Bagi Pengairan Dan Saliran Malaysia atau Malaysia National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) berkuat kuasa pada 27 Mei 2022.

azazi.jpg

Hal ini dimaklumkan oleh Pengerusi MANCID, Mohamad Radzi Bin Abdul Talib dalam suratnya bertarikh 7 Jun 2022.

MANCID ditubuhkan pada tahun 1958 sebagai pertubuhan sukarela berkaitan saintifik dan teknikal yang memberikan maklumat dan data saliran dan kawalan banjir yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Teks : Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 534

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024