USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IFTAR PERDANA IPPT BERSAMA KOMUNITI BERTAM RAPATKAN UKHWAH

QK4A1552

SAINS@BERTAM, 28 April 2022 – Sebuah majlis iftar perdana anjuran Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) julung kalinya, telah berlangsung dengan jayanya dan penuh bermakna sekali.

Biarpun berada di dalam suasana penuh kekangan ekoran daripada penularan wabak COVID-19, majlis iftar yang diadakan di Surau Al-Muttaqin, Bertam Perdana itu disertai lebih 200 orang.

Pengarah IPPT, Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, berkata, “Majlis Iftar Perdana IPPT bersama komuniti di luar IPPT merupakan program yang julung kali diadakan oleh IPPT, dengan tujuan untuk merapatkan ukhwah, mewujudkan semangat “Keluarga Malaysia” yang digagaskan oleh pihak kerajaan dalam kalangan komuniti setempat serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta.”

QK4A1545

 

Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan pula berkata, “Melalui Pusat Islam USM, pada hari ini kita berbesar hati untuk menyumbangkan kit ‘Maidah Rahman’ untuk 25 orang anak qaryah Surau al-Muttaqin, dan 25 orang staf IPPT B40”.

“Semoga dengan adanya sumbangan seperti ini, dapat meringankan bebanan saudara-saudara semua,” tambah beliau.

Kit ‘Maidah Rahman’ hasil inisiatif Pusat Islam USM, mengandungi bahan-bahan keperluan asas iaitu beras, minyak, gula, garam, kicap, sos dan kopi daripada produk tempatan yang terjamin, halal dan berkualiti.

QK4A1565

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi, Profesor Dr. Md Roslan Hashim, merangkap Pengerusi Kariah dan Surau Al-Muttaqin Bertam Putra; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohammad Shukri Osman.

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 321

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024