USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGERUSI LGU USM LANCAR TABUNG PALIATIF IPPT

283021091 10227174470371991 5847794708484199941 n

SAINS@BERTAM, 20 Mei 2022 – Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin melancarkan Tabung Paliatif Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) untuk membantu para pesakit kritikal seperti kanser.

Yang hadir di majlis tersebut ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Pengarah IPPT, YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.

Pada majlis yang sama, beliau menerima sumbangan daripada Pertubuhan Pengurusan Jenazah Islam Hospital Pulau Pinang, I Care Shop - Badan Sokongan Pesakit Kanser dan Cancer Survivors Malaysia, masing-masing sebanyak RM10,000.

Sumbangan oleh Pertubuhan Pengurusan Jenazah Islam Hospital Pulau Pinang adalah

untuk menyediakan bilik jenazah disampaikan oleh setiausahanya Nashirul Mohd Zain manakala sumbangan oleh I Care Shop - Badan Sokongan Pesakit Kanser adalah untuk bilik menunggu, pantri pesakit dan keluarga yang disampaikan oleh wakilnya Norina Aziz.

Cancer Survivors Malaysia pula memberikan sumbangan untuk katil pesakit dan alatan perubatan yang disampaikan oleh pengerusinya, Zuraini Binti Kamal.

280807389 3633089923481757 3679357440141661852 n

Tabung Paliatif ditubuhkan untuk membantu perawatan paliatif yang menumpukan kepada peningkatan kualiti hidup dalam kalangan pesakit yang menghidapi penyakit mengancam nyawa dan tiada harapan sembuh.

Tabung ini juga untuk membantu meringankan beban sistem kesihatan terhadap penjagaan pesakit paliatif dengan menyediakan ruang khas untuk rawatan.

Di samping itu, dana dari Tabung ini bertujuan memberi sokongan dan bimbingan kepada ahli keluarga pesakit yang terlibat.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 399

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024