USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERBUKA PUASA BERSAMA TKM 1 PULAU PINANG, DIIKUTI PEMETERAIAN MOA BERSAMA WAKAF PULAU PINANG

QK4A0976

PULAU PINANG, 3 Mei 2022 – Di bulan Ramadhan lalu (26 April 2022) yang penuh barakah lagi penuh kemanisan, pihak Universiti Sains Malaysia (USM) dengan jayanya telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan diikuti dengan Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) Wakaf Pengajian Tinggi USM antara USM dan Wakaf Pulau Pinang.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di dalam ucapannya berkata, “Melalui MoA hari ini, kita berharap USM mampu menjadi penjana wakaf yang besar serta menjadikan instrumen kewangan Islam ini sebagai salah satu alternatif yang boleh membantu universiti untuk terus bertahan mendepani cabaran ekonomi hari ini.

“Saya juga berharap dengan termeterainya perjanjian ini, USM akan terus mempertingkatkan kesedaran dan mempromosikan wakaf dalam kalangan warga USM dan juga alumninya. Ini pastilah menjadi dua cabaran terbesar kepada Wakaf USM,” tambah beliau.

QK4A1006

Sementara itu, Zakiyuddin berkata, hubungan baik antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan USM boleh diperhebatkan dengan mensasarkan agenda pembangunan “khaira ummah” yang menjadi keutamaan, dengan difokuskan kepada pembangunan koperasi, pengimarahan masjid dan komuniti.

“Zakat perniagaan yang dikeluarkan akan disalurkan kepada asnaf melalui koperasi sehinggalah masjid diimarahkan dengan aktiviti ekonomi dan kebajikan yang akhirnya berjaya mengeluarkan asnaf dari garis kemiskinan dengan menjadi usahawan Qaryah”.

Akaun wakaf pengajian tinggi USM menerima sumbangan daripada pewakaf individu atau syarikat dari dalam dan luar USM.

Selain itu, potongan gaji juga diterima bagi staf USM dan staf syarikat subsidiari USM.

Majlis diserikan lagi dengan penyerahan sumbangan wakaf sebanyak RM340,000 kepada Pengerusi JK Wakaf Pengajian Tinggi USM, Tuan Haji Rosidi Hussain.

QK4A1029

 

Turut diraikan seramai 1,366 pelajar golongan asnaf yang menerima manfaat sumbangan raya zakat USM serta penyerahan sumbangan Bank Rakyat kepada asnaf pelajar USM berjumlah RM30,000.

Teks: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 375

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024