USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARI JURURAWAT SEDUNIA, NAIB CANSELOR ZAHIR PENGHARGAAN BUAT JURURAWAT USM

USM PULAU PINANG, 12 Mei 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia buat semua jururawat yang berkhidmat di USM seterusnya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat para jururawat di atas pengorbanan mereka kepada negara dan universiti tercinta.

WhatsApp_Image_2022-05-12_at_12.07.03_PM.jpeg

Beliau turut menyatakan bahawa jururawat merupakan barisan hadapan yang amat cekal dan tabah menghadapi situasi getir masa kini.

“Saya mewakili seluruh warga USM mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia dan terima kasih buat lebih 1,500 orang jururawat yang sedang berkhidmat bersama USM di kesemua kampusnya, dan saya kagum dengan pengorbanan dan ketabahan mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Tambah Faisal Rafiq, barisan kepimpinan tertinggi universiti sentiasa menyokong dan memastikan kebajikan para jururawat USM sebagai barisan hadapan sentiasa terjamin, supaya mereka dapat terus memberi tumpuan untuk menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun dan pada tahun ini, temanya adalah "Nurses: A Voice to Lead - Invest in Nursing and Respect Rights to Secure Global Health."

Sementara itu, Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid pula berkata, pengorbanan dan dedikasi semua jururawat terutamanya dalam menangani situasi yang mencabar kini adalah tidak ternilai dan amat dihargai oleh pihak universiti.

“Pihak jururawat dan pengurusan kesihatan di USM sehingga hari ini sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk negara dan juga warga universiti ini,” katanya lagi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Poster: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 403

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024