USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KETUA SETIAUSAHA KPT ADAKAN LAWATAN SINGKAT KE USM

QK4A2386

USM PULAU PINANG, 11 Mei 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar hari ini mengadakan lawatan singkat ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk meninjau perkembangan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12 terutamanya Pusat Penyelidikan Arkeologi Global.

Yang hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Dr. Mohd Zabri Yusoff; Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Azlinda Azman serta beberapa orang pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi.

QK4A2176

QK4A2187

Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi kemudiannya diberikan taklimat khas oleh Naib Canselor dan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global.

QK4A2216

Selesai taklimat, Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar merasmikan Makmal Pencirian Bahan Bumi dibangunkan dengan kos kira-kira RM17 juta.

Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 380

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024