USM KUKUHKAN PERHUBUNGAN DENGAN UUM DAN UNIMAP
USM PULAU PINANG, 9 Mei 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) mengukuhkan hubungan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Pada pagi ini, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) USM yang diketuai oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan mengunjungi UUM yang disambut oleh Naib Canselornya Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah serta pengurusan tertinggi.
Kedua-dua pihak kemudiannya mengadakan perbincangan dalam sesi sumbang saran dan kerjasama dalam bidang-bidang kekuatan bersama.
Pada sebelah petangnya, JKPU USM mengunjungi UniMAP untuk sesi yang sama dalam mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua universiti. Mereka disambut oleh Naib Canselor UniMAP Profesor Ts. Dr. Zaliman Sauli dan pengurusan tertinggi.
Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 666