USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

YONG BANG MING HARUMKAN NAMA USM DALAM SIMPOSIUM KEPIMPINAN

DSC 0042

PULAU PINANG, 15 Julai – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato' Dr. Omar Osman mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Yong Bang Ming yang memenangi Axiata Leadership Award. Beliau dipilih bagi kategori Keusahawanan & Inovasi antara 250 orang peserta yang menyertai Malaysian Student Leadership Symposium 2013 yang berlangsung di Sasana Kijang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Tahniah kepada Yong yang memenangi salah satu antara 10 kategori yang diadili oleh pihak penganjur dan dapat menandingi peserta lain yang terdiri daripada pelajar Malaysia di lebih 10 negara termasuk United Kingdom, Perancis dan India,” kata Omar semasa sidang media khas di sini.

DSC 0063

Yong yang sangat aktif dalam berpersatuan sama ada di dalam atau di luar kampus berkata, penyertaan beliau ke simposium ini amat memberangsangkan dan berasa sungguh teruja kerana dipilih sebagai salah seorang pemenang. 

Beliau juga memenangi banyak pertandingan reka cipta termasuk British Invention Show dengan hasil ciptaan beliau The Smart Cervix Kit dan membawa pulang tiga pingat emas dan dua anugerah khas.

“Sebagai ganjaran saya diberikan pas percuma untuk menjalani Axiata University Leadership Development Programme selama 16 hari pada bulan Ogos nanti,” kata Yong yang juga telah mendapat tawaran pekerjaan di Gamuda Berhad.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar), Profesor Adnan Hussien. Teks: Nor Rafizah Md Zain /Foto: Mohd Fairus Md Isa

 

  • Created on .
  • Hits: 2144

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024