USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR UCAP SELAMAT HARI PEKERJA

31C7E639 14C2 43DC BFC6 03BCE8ED443F

USM PULAU PINANG, 1 Mei 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga USM.

"Saya doakan warga USM yang sedang bercuti mahupun sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang berada dalam keadaan sihat dan gembira," kata beliau.

Tambah beliau lagi, kita bersyukur dengan nikmat yang diberi di samping meneruskan usaha meningkatkan lagi sumbangan yang diberi.

"Kita perlu melihat proses kerja yang lebih sesuai dengan masa dan ketika ini serta masa hadapan dalam pembangunan bakat yang ada.

"Untuk menjadi institusi terbaik kita perlu mempunyai bakat yang terbaik," tegas Naib Canselor.

Kata beliau lagi, dengan tema ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’, warga USM perlu bangun dengan semangat baharu untuk meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik khususnya kepada kesihatan dan keselamatan pekerjaan setelah negara beralih ke fasa endemik.

Faisal Rafiq turut menasihatkan supaya warga USM meningkatkan komitmen untuk terus bekerja secara berpasukan untuk meneruskan kecemerlangan Universiti dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Menurutnya lagi, kejayaan terkini USM menduduki tangga keempat dunia dan pertama di Malaysia dalam Ranking THE GIR menunjukkan keupayaan USM menjadi yang terbaik dalam memacu kecemerlangan universiti.

Malah, kejayaan ini juga bertunjangkan sumbangan seluruh warga USM kerana universiti akan terus mara ke hadapan untuk mencapai apa jua misi dan visinya melalui komitmen kerja keras dan budaya bekerja bersungguh-sungguh warganya tidak kira apa jawatan yang disandang.

“Setiap daripada kita perlu memainkan peranan masing-masing kepada USM dalam memastikan kelangsungan kecemerlangan Universiti terus terpelihara,” ujarnya lagi.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan mendoakan agar seluruh warga USM sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan pada musim perayaan ini.

"Kita perlu memikirkan bagaimana untuk bersama-sama merealisasikan hasrat ‘Jamin Perlindungan Sosial Pekerja’ dalam era endemik kini,” tambah Faisal Rafiq lagi.

  • Created on .
  • Hits: 527

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024