USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM UCAP TAHNIAH KEPADA DATO' DR. AWANG ADEK

3CAF4C08 E19E 40D7 845D 6071B69B6ABE

USM PULAU PINANG, 29 April 2022 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini mengucapkan tahniah kepada Dato' Dr. Awang Adek Hussin atas pelantikan sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission, SC).

Awang Adek juga adalah Pengerusi Lembaga Gabenor USM sejak 8 Jun 2020.

Kementerian Kewangan kelmarin mengumumkan pelantikan Awang Adek sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu berkuat kuasa selama tiga (3) tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ekonomi daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam.

Antara pengalaman beliau adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia, bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.

"Saya percaya dengan pengalaman luas dan latar belakang kepakaran yang dimilikinya akan membantu melonjakkan lagi kecemerlangan Suruhanjaya Sekuriti.

"USM turut berbangga dengan pelantikan tersebut dan sentiasa mendoakan beliau," kata Naib Canselor.

  • Created on .
  • Hits: 596

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024