USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM AMBIL LANGKAH PERLU JAMIN KESELAMATAN PELAJAR

Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan melantik pasukan kerja di bawah Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi) untuk melihat semua fasiliti pelajar terutamanya di Desasiswa bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

5CD747EF F67F 414A AEA6 5D293FDE2168

USM amat berdukacita dengan kemalangan yang berlaku apabila seorang pelajar terjatuh dari tingkat lapan sebuah desasiswa pada Isnin lalu. Kejadian malang tersebut amat dikesali dan tidak diduga sama sekali.

Pasukan kerja ini sedang meneliti semua aspek yang perlu dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian yang sama dari berulang.

Mereka akan mengambil kira faktor struktur bangunan dan kemungkinan berlakunya sebarang insiden dalam apa keadaan sekali pun terhadap kemudahan pelajar di desasiswa.

Universiti juga menasihatkan pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Universiti akan terus dari semasa ke semasa memantau keselamatan pelajar dari semua aspek yang berkaitan melalui pengurusan desasiswa dan majlis penghuni desasiswa kerana isu keselamatan pelajar menjadi keutamaan buat Universiti.

 

PROFESOR DR. MD ROSLAN HASHIM

Timbalan Naib Canselor, Kelestarian dan Pembangunan Institusi, USM, 

28 April 2022

  • Created on .
  • Hits: 514

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024