USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TNC HEPA UCAP TAHNIAH ATAS PELANTIKAN CT FAIZAH SEBAGAI NAIB PRESIDEN MPPK

USM PULAU PINANG, 12 April 2022 Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Azlinda Azman mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, CT Faizah Abdul Rahman yang telah dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

"Pelantikan ini meneruskan tradisi kecemerlangan kepimpinan pelajar USM yang diharapkan dapat digalas dengan penuh tanggungjawab terhadap amanah yang diberi," kata Azlinda.

Sebelum itu mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM 2019-2021, Amir Asyraf Saberi pernah menggalas tanggungjawab sebagai Presiden MPPK.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 392

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024