USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MUSA ALI TERIMA ANUGERAH KHAS CUEPACS SEMPENA HARI PEKERJA 2022

7A03B16E 2F16 40F9 B305 448964C43C74

USM, PULAU PINANG, 1 Mei 2022 Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Hj. Musa Ali menerima Anugerah Khas CUEPACS sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Anugerah tersebut adalah sebahagian daripada sembilan anugerah yang disediakan dan diberikan kepada penerima terdiri dari tokoh atau majikan peringkat kebangsaan yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2022.

Anugerah-anugerah disampaikan oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Haji Adnan Mat secara bersama di majlis yang dijalankan secara maya.

3B0D82E8 2E31 46EC 9A3D B2C85083CD3C

Adnan ketika diminta mengulas pemilihan Musa sebagai penerima anugerah berkenaan berkata, pemilihan itu adalah berdasarkan sumbangan Musa kepada perkhidmatan awam di peringkat negara melalui pelbagai program dan inisiatif yang telah digerakkan oleh Musa, di samping aktif dalam penulisan berkaitan perkhidmatan awam Malaysia.

Sementera itu, Musa menyifatkan anugerah itu ialah hadiah dan pengiktirafan kepada pentadbir USM. Beliau berharap anugerah tersebut akan mendorong para pentadbir di universiti untuk terus berusaha menyumbang idea dan gagasan membangunkan negara dalam pelbagai bentuk perkhidmatan yang diberikan.

Selaku penerima, Musa menerima sijil, trofi dan mock cheque berjumlah RM1,500.

D9A3F3EF 3D39 4E68 AB24 360924397431

Di samping bertugas sebagai Pendaftar USM, beliau juga adalah Pengasas, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) USM, dan pernah memegang jawatan Penyelaras Program Pemindahan Ilmu (Pemantauan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pakar rujuk perancangan strategik dan pengurusan sumber manusia untuk pelbagai agensi pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

  • Created on .
  • Hits: 529

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024