USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PALAPES LAUT USM NAIB JOHAN AITL 2022, CIPTA INOVASI HIBRID MORSE CODE GENERATOR (MCG)

LUMUT, PERAK, 27 April 2022 – Pasukan Latihan Pasukan Simpanan (PALAPES) Laut USM melakar sejarah apabila berjaya mendapat Naib Johan dalam Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) bagi kategori hibrid bidang inovasi sosial penciptaan bersempena Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-88.

WhatsApp_Image_2022-04-29_at_11.44.34_AM.jpeg

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut (PTL) Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany di Auditorium M.Sidek Shabudin, Kapal Diraja Pelanduk, Pangkalan TLDM, Lumut, Perak.

PALAPES Laut telah diwakili oleh Lt Muhamad Shafiq bin Saari PSSTLDM bagi menerima hadiah kemenangan yang berupa mockup cek bernilai RM 3,000.00 dan Sijil Penghargaan.
 
PALAPES Laut melalui projek Morse Code Generator (MCG) telah membuat pembentangan projek semasa Pertandingan Akhir Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat TLDM yang telah diadakan pada 14 – 16 Mac 2022 di Kapal Diraja Sri Gombak, Kuala Lumpur.

PALAPES Laut USM merupakan satu-satunya pasukan KIK yang terdiri daripada Pegawai Kadet PALAPES berbanding pasukan lain yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota TLDM.
 
Pencapaian ini membuktikan kemampuan Pegawai Kadet PALAPES mampu menghasilkan projek inovasi yang berkualiti walaupun sibuk dengan pembelajaran di kampus dan pada masa yang sama perlu menjalani latihan ketenteraan.

Penyertaan KIK akan dijadikan aktiviti tahunan dalam membentuk peribadi Pegawai Kadet sebagai seorang yang berinovasi sejajar dengan hasrat USM iaitu develop by design.

Teks : Muhamad Shafiq bin Saar/Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Muhamad Shafiq bin Saari

  • Created on .
  • Hits: 546

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024