USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA USM DIINGATKAN MENGAMBIL LANGKAH KESELAMATAN SEMASA CUTI PERAYAAN HARI RAYA

USM, PULAU PINANG, 27 April 2022 - Sempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri, semua pejabat adalah tidak beroperasi, dengan ini saya ingin mengingatkan kepada semua Ketua PTJ dan staf supaya mematuhi semua arahan-arahan yang bercirikan keselamatan termasuk arahan keselamatan dan arahan-arahan lain berkaitan yang telah ditetapkan.

Demikian ujar Pengarah Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohammad Kasni Ismail yang mengingatkan langkah awal dan persediaan yang perlu diambil oleh warga USM agar semua dapat mengelak diri dari sebarang risiko keselamatan daripada terjadi.

WhatsApp_Image_2022-04-27_at_12.15.44_PM.jpeg

Menurut Kasni, warga USM perlu memastikan segala aset alih termasuk peralatan dan bahan-bahan penting serta dokumen-dokumen diberi perlindungan keselamatan sepenuhnya dan disimpan dengan selamat mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelak daripada sebarang bentuk pelanggaran keselamatan, terdedah atau kebocoran maklumat rasmi atau rahsia rasmi.

“Semua pegawai dan kakitangan perlu sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan untuk memeriksa serta memastikan lampu, suis elektrik, peralatan komputer, mesin penyalin, mesin pencetak, mesin pengimbas, penyaman udara dan lain-lain mesin atau peralatan elektrik dan elektronik yang tidak diguna dipadamkan,” nasihat beliau.

Tambahnya lagi, semua juga perlu memastikan peralatan keselamatan fizikal seperti sistem keselamatan CCTV, penggera kebakaran dan lain-lain peralatan berkaitan keselamatan disenggara bagi memastikannya sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan dapat berfungsi dengan baik untuk keberkesanan dan penguatkuasaannya.

“Selain itu, PTJ juga perlu memastikan seorang pegawai/staf sedia tugas(stand-by) untuk bekerjasama atau dihubungi sewaktu berlaku kecemasan,” tambahnya.

Kasni juga memohon PTJ menghantar maklumat senarai nama dan nombor telefon pegawai-pegawai yang penting dan tenaga kerja teknikal untuk kemudahan perhubungan kepada e-mel rasmi jabatan keselamatan sepanjang cuti perayaan kali ini jika berlaku sebarang kecemasan.

Kaunter Jabatan Keselamatan di semua kampus akan beroperasi seperti biasa selama 24 jam sepanjang musim perayaan ini.

WhatsApp_Image_2022-04-27_at_12.15.45_PM.jpg

 

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto : Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 550

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024