USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR DIMINTA JAGA DIRI DAN PATUHI SEMUA GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN UNIVERSITI DAN PIHAK BERWAJIB SEPANJANG MUSIM PERAYAAN

USM PULAU PINANG, 26 April 2022 - Pihak Universiti tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya pelajar berhasrat untuk pulang ke kampung halaman/keluarga sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Demikian ujar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman dalam hebahan bertajuk “Makluman Berkenaan Kepulangan Pelajar ke Kampung Halaman/Kediaman Keluarga Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi Kampus Induk”.

WhatsApp_Image_2022-04-26_at_2.07.37_PM.jpeg

Menurut Azlinda, pelajar yang akan pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga dinasihatkan untuk membuat unian saringan kendiri COVID-19 24 jam sebelum memulakan perjalanan balik menggunakan kit ujian kendiri di bawah tanggungan sendiri dan sekiranya pelajar berhasrat untuk kembali semula ke kampus selepas cuti perayaan ini, ujian saringan COVID-19 perlu dijalankan 24 jam sebelum memulakan perjalanan balik juga menggunakan kit ujian kendiri di bawah tanggungan sendiri.

“Sekiranya hasil ujian saringan kendiri COVID-19 pelajar didapati positif ataupun pelajar mempunyai gejala walaupun ringan, sila tangguhkan perjalanan untuk kembali ke kampus kerana hal ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kampus terpelihara,” katanya.

Tambahnya, pelajar yang berada di kampus yang akan pulang ke kampung halaman/kediaman keluarga dan berhasrat untuk kembali semula ke kampus, tidak perlu memperbaharu atau mengemas kini Borang A. Bagi pelajar yang tidak lagi akan kembali ke kampus pula diminta untuk menyelesaikan yuran penginapan dan memulangkan semula kunci bilik di pejabat desasiswa masing-masing.

“Sekembalinya ke kampus, pelajar diminta untuk menjalani isolasi wajib selama 3 hari pertama di bilik masing-masing. Pelajar perlu melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di bawah tanggungan sendiri pada hari ketiga dan tidak dibenarkan keluar daripada desasiswa sepanjang 3 hari tersebut,” katanya lagi.

WhatsApp_Image_2022-04-08_at_7.44.15_AM.jpeg

Tegasnya lagi, sekiranya pelajar didapati bergejala, sila hubungi Pusat Pengurusan Bencana(Nerve Centre) USM di talian 04-6532267 ataupun 04-6536124 ataupun emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Azlinda turut menasihatkan pelajar dalam keseronokan menyambut lebaran, pelajar perlu sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di khalayak ramai serta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah/ Foto : Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 512

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024