USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JOM SAKSIKAN BICARA ASAM GARAM SEORANG PENTADBIR

USM PULAU PINANG, 25 April 2022 Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) melalui platform “The Emdash Show” akan membawakan sebuah bicara pembukuan pengalaman seorang pentadbir yang menampilkan Pendaftar USM, Dr. Musa Ali.

WhatsApp_Image_2022-04-25_at_9.53.36_AM.jpeg

Akan berlangsung pada Khamis ini, 28 April 2022 bermula jam 8:30 pagi - 11:00 pagi bertemoat di Dewan Budaya USM, program ini juga akan ditayangkan secara siaran langsung melalui platform media sosial rasmi Penerbit USM iaitu Facebook dan Youtubenya.

Antara wira yang jarang sekali didendang adalah pentadbir. Program ini akan mengupas dan berbicara Pembukuan Pengalaman Dr. Musa melalui bukunya iaitu Sirap Limau Ais, Memoir Seorang Pentadbir.

Beliau telah mengabadikan pengalamannya selama lebih tiga dekad melalui Buku penulisannya yang mengumpulkan kisah-kisah seperti memberi pengajaran, ilmu dan nasihat buat teman-teman, rakan seperjuangan, anak-anak generasi muda, dan pembaca amnya. 

Antara panel yang terlibat selalui diri beliau sendiri, turut bersama adalah Ahli Lembaga Gabenor Universiti, Encik Noor Azam Mohd Noor; Presiden MASTI YM Raja Shah Erman Raja Arifin; dan Pengarah Penerbit USM Prof. Madya Dr. Nazarudin Zainun.

Majlis turut akan dimeriahkan dengan penampilan Presiden CUEPACS, YBhg. Dato' Haji Adnan Mat.

Buku Sirap Limau Ais : Memoir Seorang Pentadbir, baru-baru ini telah dilancarkan dengan jayanya oleh Tuanku Canselor USM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika Majlis Anugerah Sanggar Sanjung (MASS) 2020 yang berlangsung di MESS Pegawai Kanan PDRM, Kangar.

The Emdash Show ini julung-julung kalinya diadakan secara Hibrid. Buku yang menghimpunkan coretan pengalaman Dr. Musa sepanjang berkhidmat di USM dari sisi kerjaya, keluarga dan peribadi ini boleh didapati secara walk-in di Kedai Buku EMDASH USM dengan diskaun 20% ataupun secara dalam talian di aplikasi Lazada, Shopee, Prestomall, PG Mall, atau emdash.my dengan harga RM35.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 410

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024