USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SEDIA KEMUDAHAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA DI KAMPUS KESIHATAN

914ced1e d452 4b53 94d9 575d71fa282a

USM PULAU PINANG, 24 April 2022 – Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) akan mempunyai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa apabila Projek Padang Sintetik di Kompleks Sukan 2, siap dalam tempoh enam bulan dari sekarang yang merupakan terbesar di negeri Kelantan.

Menurut Pengarah Pembangunan Korporat Strategik USM, Haji Muhamad Sabri Said, projek ini merupakan inisiatif pihak pengurusan Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama 59KOPA Sdn. Bhd. bagi membangunkan fasiliti sukan yang bertaraf antarabangsa, dan merupakan projek kedua pihak KOPA selepas kejayaan di kampus induk.

Upacara pecah tanah projek diadakan pada 25 April 2022 oleh Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Yang turut hadir ialah Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Urusan Kumpulan Usains Holding Sdn. Bhd., Farid Wajidi Mat Yusoff; dan Pengarah Urusan Kumpulan KOPA Sdn. Bhd., Nik Mohd Iqbal Nik Ibrahim.

Menurut Muhamad Sabri, jumlah pelaburan Fasa 1 dianggarkan sebanyak RM2.2 juta dan Fasa 2 berjumlah RM2.5 juta dalam tempoh 16 tahun konsesi.

d5bddbe4 7f56 434e 9200 8005e084700a

Projek berimpak tinggi ini menjadi platform rekreasi di antara Universiti dengan komuniti dan memberi nilai tambahan kepada USM.

Tambah Muhamad Sabri, kejayaan ini membolehkan USM membangunkan ekosistem sukan yang lengkap dan bertaraf antarabangsa.

Projek Fasa 1 merangkumi 1 unit padang sintetik bertaraf FIFA dengan saiz 105 meter x 68 meter, 1 unit padang sintetik (7-sebelah) dan menaik taraf fasiliti-fasiliti Kompleks Sukan seperti tempat duduk astaka, tandas, bilik persalinan dan lain-lain.

910f00a9 d736 4027 be28 ea04eef4345d

Fasa 2 pula merangkumi 1 unit padang sintetik bertaraf FIFA dengan saiz 105 meter x 68 meter dan ruang-ruang komersial.

Perancangan Fasa 2 dijangkakan akan bermula selepas 12 bulan pengoperasian Fasa 1.

Teks: Mohamad Abdullah (Pejabat Naib Canselor USM)

  • Created on .
  • Hits: 488

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024