USM UMUM KEPUTUSAN MASUK ESOK: NC NASIHAT PILIH BIDANG YANG MAMPU MEMBENTUK KERJAYA
PULAU PINANG, 10 Julai 2013 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menyeru kepada semua pelajar yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi supaya memilih bidang yang diminati demi kemajuan kerjaya mereka pada masa hadapan.
Sebahagian dari calon yang memohon ke USM dijangka diberikan lebih dari satu pilihan selain USM oleh Bahagian Pengambilan Pelajar Kementerian Pendidikan pada sidang akademik 2013/2014 ini.
"Seramai 20,320 calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf A-Level/IB telah memohon untuk kemasukan ke USM dan menunjukkan peningkatan sebanyak 30% berbanding sidang akademik lalu," kata Omar.
Daripada jumlah tersebut, seramai 5,337 calon telah berjaya ditawarkan pengajian di USM dalam pelbagai bidang setelah mengikuti sesi temuduga bagi kursus-kursus pilihan. Ini termasuk 12 orang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga minimum 100 pelajar dari golongan tercicir yang juga sebahagian daripada agenda tanggungjawab sosial korporat.
“Sebelum membuat pengesahan penerimaan tawaran, para pelajar haruslah berbincang dengan keluarga serta mengambil kira minat untuk bekerjaya di bidang yang dipilih,” nasihat Omar kepada para pelajar.
Tambahnya lagi, para pelajar baru akan mendaftar pada 1 September 2013 di ketiga-tiga kampus iaitu di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal dan juga Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan.
Semua pelajar yang memohon masuk ke USM boleh menyemak status tawaran di https://pohon.usm.my bermula 12.00 tengahari, 11 Julai 2013 sehingga 21 Julai sebelum jam 12.00 tengah malam. Bagi kes-kes rayuan, permohonan juga akan ditutup pada 21 Julai jam 12.00 tengah malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pelajar, sila hubungi talian bebas tol : 1 300 888 876 atau talian terus 046533196 dan juga emel ke
- Created on .
- Hits: 3470