USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANGUNKAN KAWASAN TAMAN REKREASI UNIVERSITI, SEDIA PELBAGAI PRASARANA BAHARU

USM PULAU PINANG, 24 April 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) akan membangunkan kawasan seluas 22.7 ekar daripada 183.89 ekar tanah di Taman Rekreasi Universiti (TRU) untuk menyediakan prasarana baharu termasuk Desasiswa.

49A49249 3973 413B BBA2 E15F06918064

Pada masa ini USM membuka pelawaan memberi cadangan (Request for Proposal, RFP) kepada syarikat yang kompeten, berpengalaman dan berkelayakkan untuk membangunkan kawasan tersebut.

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, usaha mewujudkan dan membangunkan TRU ini memberi manfaat kepada USM sebagai pusat sosio-ekonomi dan penduduk setempat.

Beliau memberitahu hal ini dalam Perjumpaan dengan Warga USM baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 700 orang secara bersemuka dan 7,000 orang secara dalam talian.

Tambahnya, USM perlu mengoptimumkan potensi pembangunan aset sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan perkhidmatan sebagai sebuah universiti APEX di samping memastikan kelestarian kewangannya dapat dipertahankan.

Hal ini adalah selaras dengan hasrat mewujudkan "Global Prominence, National Excellence", dan USM sedang giat meningkatkan usaha ke arah menjadi hub pendidikan pelajar tempatan dan antarabangsa.

Pendaftaran pelajar pascasiswazah USM pada tahun lalu ialah 2,458 pada Disember 2021 adalah tertinggi berbanding universiti awam lain.

"Oleh itu, pembangunan USM perlu seiring dengan aspirasi tersebut," tegas beliau.

Antara prasarana yang akan dibangunkan di kawasan tanah tersebut ialah penginapan staf dan pelajar, prasarana perniagaan dan Sekolah Antarabangsa.

1E7C3ACC ACFA 40FC 9F3C 3FF4F1DE3FEB

Teks: Mohamad Abdullah (Pejabat Naib Canselor USM)

  • Created on .
  • Hits: 601

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024