USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERKHIDMATAN D’TEKUN PARCEL HUB MUDAHKAN PENGHUNI DESASISWA RST

USM PULAU PINANG, 23 April 2022 - Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia kelmarin telah berjaya menambah perkhidmatan kepada warga kampus apabila telah merasmikan dan juga meraikan pembukaan D’Tekun Parcel Hub yang dijayakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT).

Menurut Penggawa Desasiswa Tekun, Mohd Rashid Bin Abdul Rejab, masalah penerimaan parcel merupakan satu masalah yang amat mengganggu penghuni desasiswa kerana tempat penerimaan parcel yang jauh bagi penghuni yang tinggal di Desasiswa RST.

WhatsApp_Image_2022-04-22_at_6.58.10_PM.jpeg

“Pada hari ini, kita telah berjaya menyediakan perkhidmatan ini untuk penghuni desasiswa yang amat memerlukannya dan bukan sahaja telah memudahkan penghuni Desasiswa Tekun amnya tetapi telah memudahkan penghuni desasiswa lain khususnya,” jelasnya ketika memberi ucapan dalam majlis perasmian D’Tekun Parcel Hub ini.

Tambahnya, kejayaan ini sekaligus memperlihatkan kesungguhan, kecekapan dan komitmen yang tinggi daripada kalangan ahli MPDT dan beliau berbangga kerana mempunyai ahli-ahli MPDT yang sentiasa bersiap sedia dan bersungguh-sungguh untuk berkhidmat kepada penghuni Desasiswa Tekun.

“Saya juga ingin menekankan bahawa pengurusan perkhidmatan yang diuruskan oleh pelajar yang merupakan penghuni desasiswa ini sedikit sebanyak dapat memperkasakan elemen HEBAT di dalam diri mereka iaitu elemen (E) untuk entrepreneurship (keusahawanan),” ujarnya yang berharap dengan usaha ini ianya dapat menghasilkan lebih ramai Job Creator bermula di peringkat universiti.

WhatsApp_Image_2022-04-22_at_6.58.08_PM.jpeg

Selaku Penggawa, Rashid juga turut menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan penaja yang hadir dan memberi tajaan kepada projek yang bakal dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun.

Sementara itu dalam majlis yang sama turut diadakan Majlis penyerahan sumbangan program Spread The Love anjuran MPDT dengan kerjasama Badan Kebajikan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yang mensasarkan sumbangan kepada pelajar daripada golongan B40 secara berkala.

Pihak Pengurusan Desasiswa Tekun dan MPDT juga berterima kasih kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan bagi menjayakan program-program sebegini.

Turut hadir ialah barisan-barisan penolong penggawa desasiswa Tekun; Pengurus Tekun Mart, Izzati Liyana Binti Mohamad; wakil barisan penaja daripada Syarikat Faiza Sdn. Bhd. serta Lotus Store (M) Sdn. Bhd; dan YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM.

WhatsApp_Image_2022-04-22_at_6.58.14_PM.jpeg

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto : Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 3390

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024