USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UPACARA KONVOKESYEN KE-59 USM 21 HINGGA 31 MEI 2022; PEMAKLUMAN PECAHAN SIDANG

USM PULAU PINANG, 7 April 2022 Upacara Konvokesyen ke-59 Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Kedua (2) hingga Sidang Kedua Belas (12) akan bermula pada 21 Mei hingga 31 Mei 2022 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang.

Upacara Konvokesyen ke-59 ini akan meraikan sejumlah 6,706 graduan yang akan menerima ijazah masing-masing termasuk Ijazah Tinggi (Ph.D dan Sarjana - 2,231), Ijazah Sarjana Muda (4,425) dan Diploma Kejururawatan (50).

Turut diraikan dalam S2 ini ialah seorang penerima Ijazah Kehormat, tiga penerima gelaran Profesor Emeritus, dua Profesor Emerita dan Pemenang Pingat Emas Canselor.

Upacara Konvokesyen ke-59 USM bagi S2 hingga S12 pada Mei depan akan dipengerusikan oleh Pro-pro Canselor USM iaitu Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.

Untuk S2 hingga S12 di DTSP, penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara satu sesi setiap hari dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang diterima pakai bagi terus mengekang penularan COVID-19.

Di bawah ini dipaparkan pecahan sidang bagi Upacara Konvokesyen Ke-59 (S2-S12).

C657DB2B 788C 4861 B9D3 345D020A55C4

Tarikh pengambilan jubah akademik sempena Upacara Konvokesyen ke-59 USM akan bermula pada 12 Mei 2022 hingga 17 Mei 2022 mengikut slot janji temu bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Foyer Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Kampus Induk USM. Untuk sebarang maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari laman sesawang convo.usm.my

Setiap graduan dibenarkan membawa dua tetamu (ibu bapa) tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memasuki DTSP. Tetamu graduan tersebut boleh mengikuti dan menonton sesi upacara konvokesyen secara siaran langsung (live streaming) di dewan-dewan kuliah yang ditetapkan.

#usm#welead

  • Created on .
  • Hits: 1348

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024