USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TAMBAH PAHALA, JOM INFAQ DAN TAJA MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SAHUR

USM PULAU PINANG, 4 April 2022 Orang ramai dialu-alukan untuk menjayakan Program Infaq Ramadhan di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menaja majlis berbuka puasa dan sahur sepanjang Ramadhan ini.

WhatsApp Image 2022 04 05 at 3.25.02 PM

Tajaan untuk majlis berbuka adalah sebanyak RM6,000 sehari membabitkan 2,000 orang manakala RM1,500 bagi tajaan sahur membabitkan 300 orang, dengan dana infaq yang diperlukan sebanyak RM250,000.

Bukan hanya tajaan wang ringgit, orang ramai juga boleh memberikan sumbangan bahan mentah bagi membolehkan juadah berbuka serta sahur disediakan masjid itu.

Antara bahan mentah yang diperlukan adalah beras, gula, garam, minyak masak, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, ubi kentang, kicap, sos, puree tomato, sup tomato, rempah daging, rempah kurma, rempah ikan, rempah sup, kordial dan lain-lain bahan mentah.

Didapati jumlah kehadiran orang ramai untuk berbuka puasa di masjid itu semakin meningkat pada hari kedua berbanding hari pertama dan ia membuatkan pengurusan masjid perlu menyediakan juadah yang lebih.

WhatsApp Image 2022 04 05 at 3.27.03 PM

Tugasan menyediakan makanan berbuka dijalankan oleh sukarelawan Ramadhan bahagian dapur yang diterajui oleh komuniti qaryah dan warga staf USM manakala tugas-tugas sukarelawan bahagian agihan jamuan diterajui oleh pelajar USM yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

277554361 7541907935849690 2943428782439468361 n

Semangat kesukarelawanan ini menjadi contoh baik termasuk pelbagai program dan aktiviti yang disusun Pusat Islam USM bagi mengimarahkan masjid itu sepanjang Ramadan.

Turut diedarkan bubur lambuk pada setiap Selasa dan Rabu minggu pertama, kedua dan ketiga Ramadhan selepas solat Asar di dataran masjid itu.

WhatsApp Image 2022 04 05 at 9.21.43 AM

Orang ramai yang ingin menaja atau memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Muamalat 0703-0000071716.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pejabat Am Pusat Islam USM di talian: 04-653 3753 atau 3093.

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop/Sumber Asal Teks & Foto: Facebook Pusat Islam & Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1189

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024