USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM MASIH GAH DI PENTAS MASUM

USM PULAU PINANG, 3 April 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan di Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 yang berlangsung pada 24-27 Mac 2022 di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Menurut Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Hj. Idrus Hj. Rapie, pencapaian ini menunjukkan USM masih berdaya saing di antara semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang mengambil bahagian dalam karnival kali ini.

“Kontingen USM berjaya memperolehi sebanyak 2 pingat Emas, 5 Perak dan 6 Gangsa untuk menduduki tempat keenam keseluruhan daripada 20 kontinjen yang bertanding,” jelasnya.

Tambahnya, 4 sukan yang telah berjaya memberi pingat kepada USM adalah melalui sukan Petanque, Silat, Memanah dan Taekwondo.

Perincian kejayaan USM adalah seperti berikut:

Petanque
1 Emas, Single Wanita
1 Perak, Single Lelaki
1 Perak, Triple Wanita
1 Gangsa, Triple Lelaki

Silat
1 Gangsa, Regu Wanita

Memanah
1 Perak, Qualification Round Compound Men Individual
1 Gangsa, Olympic Round Compound Men Individual
1 Gangsa, Olympic Round Compound Mixed Team
1 Gangsa, Olympic Round Womens Team

Taekwondo
1 Emas, Pomsae Berpasukan Wanita
1 Perak, Pomsae Individu Wanita
1 Gangsa, Mixed Team

4F8212BD 3281 4F4D B9B5 3FC5614C4FBE

Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan berterima kasih kepada pegawai, sukarelawan dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan pada kali ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 491

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024