USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SOKONGAN PADU DARI SEMUA PIHAK KUNCI USM TERUS CEMERLANG

IMG 3715

ARAU, PERLIS, 29 Mac 2022 - Kekuatan dan sokongan dari pelbagai pihak dalam memimpin universiti tercinta ini tatkala global amnya dan Universiti khususnya, berdepan dengan cabaran yang tidak pernah dijangka telah banyak membuka minda setiap dari kita untuk berfikir di luar kotak agar kekal berdaya saing dan terus kukuh memakmurkan ilmu.

Demikian ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan ketika upacara konvokeysen USM Sidang 1 di Istana Arau Perlis.
 
Menurut Faisal Rafiq, ilmu adalah kunci untuk kemajuan berterusan dan asas kepada satu kepimpinan yang cemerlang.

Dalam Upacara yang sama, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan kepada Yang Di-pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Rustam.

“USM selaku sebuah menara ilmu mempunyai tanggungjawab yang cukup besar, bukan sekadar platform untuk penyebaran ilmu, namun sebagai institusi yang melahirkan generasi masa hadapan yang kukuh jati dirinya, cerdas dan cergas akal budinya, serta kuat semangat juangnya dalam membina negara bangsa.

“Di sini juga tergalas harapan besar masyarakat untuk melihat institusi ini memberi impak ilmu kepada pembangunan negara,” jelasnya.

Faisal Rafiq juga mengingatkan supaya USM perlu sentiasa ke hadapan, menjangka kemungkinan-kemungkinan yang berlaku dan memberi penyelesaian kepada cabaran yang mendatang.

“Sebagai sebuah institusi keilmuan, tanggungjawab setiap dari kita juga amat diperlukan untuk sentiasa membetulkan yang silap dan membudayakan integriti sebagai individu berilmu,” tambahnya lagi.

Pada tahun ini, USM meraikan kejayaan 6,706 graduan yang terdiri daripada 430 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 1,801 graduan Ijazah Sarjana, 4,425 orang graduan Ijazah Pertama dan 50 orang yang mendapat Diploma Kejururawatan dalam kembara ilmu masing-masing.

USM kini telah mempunyai lebih dari 192,269 alumni di serata negara.

“USM memandang serius setiap dari cabaran global masa kini dan berusaha untuk memperkasa bakat hari ini untuk menongkah cabaran masa depan serta menzahirkan komitmen untuk membawa ilmu ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi solusi kepada setiap cabaran yang ada.
 
“Bukan sekadar di pihak pengurusan, malah para pelajar juga semakin menerima normal baharu kehidupan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang diadaptasi mengikut kesesuaian, menggembleng segala sumber serta memastikan kekal teguh dan ‘resilient’,” katanya yang turut menegaskan Blended learning adalah antara yang USM sedang giat laksanakan dan kini menjadi salah satu bentuk penilaian yang baharu.

Beliau juga mengakui bahawa semua telah melakukannya lebih dari mengadaptasi, dan berusaha sebaiknya untuk menangani krisis dalam kehidupan di era ‘living legend’ ini dan menyerlahkan mengapa USM penting, kepada pemegang taruh di sekelilingnya, kepada masyarakat dan juga negara secara keseluruhannya.  
 
Di akhir ucapannya, seperti juga mana-mana institusi di seluruh dunia sedang berusaha untuk beradaptasi dengan perubahan USM terus mengadaptasi dengan suasana pembelajaran untuk memastikan kualiti akademik yang kita tawarkan, yang dijaga nilainya agar terus kekal berdaya saing.

Turut berangkat ke upacara ini adalah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Menteri Besar Perlis, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Bin Man; EXCO Pelancongan, Kebudayaan, dan Warisan Melaka mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, Yang Berhormat Datuk Muhammad Jailani Khamis; Speaker, Dewan Undangan Negeri Perlis, Yang Berhormat Dato’ Haji Hamdan Bahari; Pro-Pro Canselor USM, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Mustafa Mansur Pro-Canselor; Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ M. Jegathesan; dan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Zulkefli A.Hassan; dan Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Yang Berbahagia Datuk Dr. Awang Adek Bin Hussin.

Upacara Konvokesyen Ke-59 USM bermula pada hari ini (sidang pertama) di Istana Arau, Perlis, diikuti dengan sidang ke-2 yang akan dilangsungkan pada 21 Mei 2022 hingga sidang ke-12 pada 31 Mei 2022 (11 hari berturut-turut, setiap hari satu sidang) di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Kampus Induk USM.   

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto : Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 517

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024