USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEGAWAI PENGIRING USM BANTU LANCARKAN PROSES MASS2020 DAN UPACARA KONVOKESYEN SIDANG 1 DI PERLIS

USM PULAU PINANG, 30 Mac 2022 - Pegawai Pengantara Majlis atau lebih kenali dengan jolokan Pegawai Pengiring (Liaison Officer) merupakan satu susuk yang memainkan peranan yang sangat penting dalam melancarkan satu-satu penganjuran majlis terutamanya yang melibatkan para kenamaan tinggi utama (VIP/VVIP).

42374333 015A 4E01 B6DC EF1C1D04762F

Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited dalam pemerkasaan seluruh warga untuk terus terlibat dalam menjadi salah seorang dalam kumpulan yang mencabar ini.

Pada Majlis Sanggar Sanjung 2020 dan Upacara Konvokesyen USM Sidang 1 yang berlangsung di Perlis pada 28-29 Mac kelmarin, para pegawai pengiring ini telah berjaya melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dengan baik dan telah meletakkan satu aras yang tinggi bagi penganjuran dua program utama USM ini ke satu tahap yang lebih membanggakan.

Menurut Ketua Jawatankuasa Sambutan dan Pegawai Pengiring USM bagi program ini, Penolong Pendaftar Kanan PTPM, Mu’azzah Ismail, semua pegawai yang telah dilantik daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) USM sangat komited dengan tugasan yang diamanahkan kepada mereka dan saling menghormati antara satu sama lain yang merupakan kunci kejayaan kumpulan ini.

“Semua Pegawai Pengiring USM sentiasa berada dalam tahap bersedia yang tinggi walau apa jua keadaan mahupun situasi yang bakal berlaku dan ini membuktikan kumpulan ini telah mendapat bimbingan dan latihan yang cukup untuk menghadapi segala cabaran,” jelasnya.

Tambahnya, selain itu, kesanggupan dalam membantu antara satu sama lain apabila saat rakan-rakan lain memerlukan bantuan juga antara faktor yang telah diambil kira untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada tetamu kenamaan.

Paling menjadi tumpuan, terdapat Pegawai Pengiring daripada pelbagai kategori iaitu junior mahupun senior, tetapi semua berjaya menjalankan tugas dengan baik dan menunjukkan disiplin yang tinggi dan tidak mengira gred jawatan.

Sementara itu, Penolong Pendaftar PP Sains Farmasi, Ahmad Faiz Badiozaman berkata, tanggungjawab berat yang diberikan buatnya yang dianggap junior dengan mengiring Pro-Canselor USM telah membuatkan beliau lebih matang dan juga merupakan satu penghormatan baginya untuk memberi sesuatu kepada universiti tercinta.

Bagi Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Erman Kamal bin Mustafa Kamal, pengalaman luasnya dalam bidang pegawai pengiring ini telah memberi beliau banyak ilmu yang telah dikongsikan bersama pegawai-pegawai pengiring baharu yang dilantik.

Kumpulan yang turut bernaung di bawah Kluster Pengurusan Majlis USM, baru-baru ini telah mengadakan Sesi Perkongsian bertajuk Pegawai Pengantara Dalam Majlis Rasmi yang telah mengumpulkan pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam berkongsi pengalaman dalam bidang pegawai pengiring ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 630

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024