USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JPA DAN USM PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

PUTRAJAYA, 22 Mac 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah melantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Profesor Adjung di USM khusus dalam bidang transformasi perkhidmatan awam dan polisi awam (public policy).

WhatsApp_Image_2022-03-22_at_7.35.54_PM.jpeg

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan USM terhadap sumbangan dan kepakaran beliau dalam bidang berkenaan.

Pelantikan ini membolehkan beliau mempunyai akses untuk menjalankan kajian dalam bidang-bidang yang dikenal pasti pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggunakan kemudahan penyelidikan dan penerbitan termasuk menggunakan kepakaran penyelidik USM.

Ini secara langsung mengukuhkan lagi hubungan JPA dan USM dalam menyumbang kepada pembangunan negara.

Perbincangan kerjasama strategik bidang-bidang lain turut dikenal pasti oleh JPA dan USM, khususnya dalam bidang pengurusan modal insan untuk memenuhi keperluan negara bagi jangka pendek dan jangka panjang.

Dalam kunjungan hormat USM hari ini, surat pelantikan Profesor Adjung telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Datuk Dr. Awang Adek Hussin kepada Mohd Shafiq.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Dato' Dr. Zulkapli Mohamed; Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; dan Pendaftar USM, Dr. Musa Ali.

Teks: Dr. Ahmad Zulman Mohd Zain 

  • Created on .
  • Hits: 688

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024