USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERUS AKTIF BANTU MANGSA PASCA BANJIR PANTAI TIMUR

Oleh: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Nor Aza Binti Abd Aziz

USM PULAU PINANG, 16 Mac 2022 - Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan misi sukarelawannya apabila telah berjaya menyelesaikan Misi Bantuan Pasca Banjir Pantai Timur pada 13-15 Mac 2022.

5E5FE298 B3D7 4506 B6F1 31478CC48099

Menurut Ketua Sukarelawan, Nor Aza Binti Abd Aziz, dengan kekuatan seramai 57 orang pelajar termasuk staf dari kampus induk dan 30 daripada kampus kesihatan, operasi ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik untuk komuniti yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di sana.

“Lokasi yang dikenalpasti sebagai tempat pembersihan adalah di Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh Rantau Panjang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang Kelantan,” jelasnya.

Tambahnya, Program yang dijalankan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rantau Panjang dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah tersebut.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam menghadapi pembukaan sesi persekolahan yang akan bermula pada 21 Mac 2022,” katanya.

Sementara itu, untuk program lain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni yang baru dilantik, Profesor Dr. Azlinda Azman juga turut menyantuni dan turun padang menyampai bantuan kepada pelajar-pelajar USM yang terjejas di daerah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat Kelantan.

Selain agihan tersebut, Azlinda juga turut menyantuni pelajar B40 USM dan telah menyempurnakan agihan komputer riba kepada mereka yang terjejas di sana.

Pelajar yang menerima sumbangan ini menzahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan USM dan berharap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung untuk menghadapi hari mendatang.

Terdapt 60 permohonan bantuan dari pelajar-pelajar yang terjejas dan hanya 9 keluarga sahaja yang sempat dilawati buat fasa ini. Pemohon lain akan turut menerima wang sumbangan melalui sistem perbankan online.

Setiap pelajar USM yang terjejas akan menerima bantuan wang RM150 beserta bantuan makanan berupa beras, tepung, minyak dan keperluan asas yang lain.

Layari laman media sosial USM di : 

FACEBOOK

https://www.facebook.com/USMOfficial1969

TWITTER

https://www.twitter.com/USMOfficial1969

INSTAGRAM

https://www.instagram.com/USMOfficial1969

TELEGRAM

https://t.me/UniversitiSainsMalaysia_Official

LINKTR.EE

https://linktr.ee/USMOfficial1969

 

  • Created on .
  • Hits: 1282

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024