USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAI PEMBAYAR ZAKAT, 1,325 PELAJAR TERIMA MANFAAT SEPANJANG TAHUN LALU

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) meraikan pembayar zakat kepada universiti itu terdiri daripada syarikat swasta, bank serta individu dalam Majlis Keraian Sahabat Zakat & Pelancaran Gerak Keusahawanan Pelajar Asnaf@USM.

Majlis yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur itu dihadiri Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin dan Naib Canselor USM Prof. Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

275300828 5043703002357359 4105286814341510206 n

Awang Adek dalam ucapan berkata, pihak USM berjaya mengagihkan zakat berjumlah RM976, 400 kepada 1,325 pelajar asnaf universiti itu tahun lalu.

Katanya, selain itu, pihak USM menerusi zakat yang diberikan itu digunakan untuk bantuan kepada staff dan warga kariah melalui pelbagai inisiatif.

275608827 5043703139024012 6488121006828320917 n

Menurutnya, antara inisiatif itu adalah bantuan zakat luar negara, bantuan kit Maidah Rahman, bantuan pendidikan warga kariah, bantuan khas kecemasan, bantuan laptop zakat, bantuan keinsanan, skim sukarelawan zakar dan pengurusan sektor, skim serta program.

“Jumlah bantuan Zakat yang diagihkan berjumlah RM799, 378.95.

275519964 5043711375689855 220388950551394758 n

“Terima kasih diucapkan secara khusus kepada pembayar Zakat kepada USM yang terdiri daripada Syarikat Swasta, Bank serta individu kerana telah menunaikan Zakat saban tahun.

“Sumbangan Zakat anda semua amat bermakna bagi Universiti Sains Malaysia untuk membantu golongan asnaf yang layak menerimanya,” katanya.

275510848 5043703069024019 6923541438073579464 n

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Prof Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor. Azazi Zakaria, YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT), Encik Kamarul Ariffin Ngah, Bendahari USM dan Pengarah Pusat Islam USM, Tuan Hj Mohammad Shukri Osman.

275564426 5043703129024013 1275768422158279096 n

Sementara itu, Faisal Rafiq berkata, tidak semua pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti ini memiliki latar belakang, status dan kemamouan ekonomi yang sama.

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa segelintir mahasiswa universiti ini datang dari keluarga yang berpendapatan rendah menghadapi kesukaran untuk menangani kos sara hidup yang agak tinggi di kampus.

“Begitu juga dengan asnaf daripada kalangan warga staf dan qaryah Masjid USM, dalam keadaan tertentu mereka terpaksa memilih untuk ‘mengikat perut’.

“Menyedari, memahami dan menginsafi senario yang saya paparkan,  jelas betapa sumbangan zakat daripada badan swasta dan korporat begitu bermakna bagi sebahagian komuniti pelajar, staf dan warga Masjid USM,” katanya.

Teks: Mohamad Hafiz Asyraf Mohd Arop / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 506

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024