USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAYUHAN YANG MEMBAWA SERIBU MAKNA

PULAU PINANG, 27 Februari 2022Kayuhan CAKNE Gold Ribbon Ride 2021 (CGRR21) sejauh 500 kilometer yang dimulakan pada 27 November 2021 dari Seremban ke Pulau Pinang telahpun selamat tiba di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 4 Disember 2021 lalu.

5081AB8F EDE5 4F26 BFB6 682F3754AE41

Program yang dianjurkan oleh Cancer Associates & Kindred Network (CAKNE) ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pelbagai isu berkaitan kanser dalam kalangan kanak-kanak. 

CAKNE yang ditubuhkan pada tahun 2008, merupakan sebuah kumpulan sokongan pesakit kanser kanak-kanak yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Kumpulan ini memberi sokongan holistik kepada pesakit kanser kanak-kanak serta keluarga di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)secara khususnya dan seluruh Malaysia amnya tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan.

CAKNE turut menyasarkan kutipan dana sebanyak RM50,000 bagi membiayai pelbagai perkhidmatan dan bantuan yang disediakan oleh persatuan untuk pesakit kanser kanak-kanak serta keluarga mereka.

B0A0556C 6BA4 410D 92CE A68DE14C4E92

Kayuhan yang diketuai oleh pengasas CAKNE, Tuan Haji Mohd Shah Awaluddin, turut disertai Muhammad Rohaizad Roslan yang juga seorang bekas pesakit kanser kanak-kanak yang telah berjaya dirawat di HCTM bersama-sama sepuluh peserta laindari pelbagai peringkat umur dan kelompok masyarakat.

Selain itu, pengasas CAKNE itu turut kongsikan harapan beliau untuk menarik penyertaan lebih ramai pihak untuk berkongsi kemampuan mereka dalam memberi harapan kepada pesakit kanser kanak-kanak di seluruh Malaysia dan juga ahli keluarga mereka.

Ketibaan kumpulan kayuhan (CGRR21) di terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda Pulau Pinang telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi (KPI) USM, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim bersama-sama beberapa penunggang basikal yang terdiri daripada staf USM.

Biarpun kumpulan kayuhan (CGRR21) disambut dengan serba sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ekoran penularan wabak COVID-19, ia tidak menjadi penghalang untuk kesemua pihak menikmati kemanisan majlis penutup yang diadakan di perkarangan Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM.

400ED2AF A545 4580 B4DD DFE9B4E39800

Turut menyambut serta mengikuti kayuhan CGRR21 dari terminal feri ke kampus ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) USM, Profesor Dr. Zafarina Zainuddin; Timbalan Bendahari Kanan USM, Rafizal Abd. Rahim dan 20 orang staf dari pelbagai jabatan di USM.

Teks: Zamzami Rasidi/Suntingan: Mohamed Hadri Iman Mohamed Hazli/Foto: Shahnizam Ab Rahim

  • Created on .
  • Hits: 442

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024