USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KHIDMAT REHABILITASI ROBOTIK 'HYBRID ASSISTIVE LIMB' (HAL) CYBERDYNE KINI BERADA DI IPPT

SAINS@BERTAM, 28 Februari 2022 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) kini menawarkan perkhidmatan rehabilitasi robotik ‘Hybrid Assistive Limb’ (HAL)  yang akan memberi manfaat kepada pesakit yang mencarum melalui PERKESO di seluruh wilayah utara mulai 1 Mac 2022.

DCE5AC46 873C 4A3E 8D7A B0893D06DD5A

Hasil daripada kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO ini, Klinik Neuro-Robotik & Cybernics, di bawah Unit Senaman dan Rehabilitasi IPPT, USM kini bersedia untuk menerima pesakit yang mempunyai kecederaan saraf tunjang, kecederaan otak, strok, dan sebagainya.

Bermula di HUSM Kubang Kerian, perkhidmatan rehabilitasi robotik HAL ini telah dijalankan sejurus satu Memorandum Perjanjian (MOA) di antara USM dan PERKESO yang dimeterai pada 30 Ogos 2019 lalu.

Melihat kejayaan dalam perkhidmatan rehabilitasi robotik HAL di HUSM Kubang Kerian ini, pada hujung tahun 2020 pihak PERKESO telah menghubungi pihak IPPT untuk bekerjasama dalam melebarkan perkhidmatan rehabilitasi robotik HAL ini ke seluruh wilayah utara.

B3BAB6B4 D232 468C A0B6 142274997DAA

Menurut Penyelaras Projek IPPT & PERKESO iaitu Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, hasil kolaborasi di antara pihak IPPT dan PERKESO ini, USM telah menyewa 6 unit HAL iaitu 3 unit HAL Lower Limb (L, M, S), 2 unit HAL Single Joint (left, right) dan 1 unit HAL Lumbar bagi perkhidmatan rehabilitasi robotik HAL di IPPT Bertam.

Seramai enam jurupulih perubatan IPPT, USM iaitu Encik Muhammad Akasyah Baharum, Encik Muhammad Farid Amir Abdul Rahman, Encik Muhammad Hazim Hussin, Puan Noor Farahiya Nisman, Puan Noor Hazifah Mat, dan Puan Nurul Izzati Ghzali merupakan jurupulih yang bertauliah bagi mengendalikan sistem robotik HAL Cyberdyne ini setelah menjalani latihan keselamatan menggunakan Cyberdyne di Pusat Rehabilitasi Perkeso Melaka pada 14 hingga 19 Februari yang lalu.

BBC640AC D9AF 41D1 BF9F F01B7CB4801B

Cybernics adalah domain sains baharu yang berpusat pada cybernetic, mekatronik, dan informatik. Ia menyepadukan manusia, robot dan teknologi maklumat. Bidang sains ini dedikasi kepada pembangunan teknologi yang menyumbang kepada pergerakan manusia dengan menggabungkan kepelbagaian displin di mana robotik, neurosains, ergonomik, sains masyarakat, kejuruteraaan Kansei, fisiologi, dan etika saling berkait rapat.

Sistem robotik HAL adalah sejenis sut robot (wearable robot atau ‘cyborg’) ciptaan Cyberdyne Inc. Tsukuba, Jepun. Ia berkemampuan untuk mengenalpasti dan menganalisa signal bio-elektrik pada permukaan kulit pesakit dan seterusnya menentukan otot 'skeletal' yang mana perlu digerakkan dan seterusnya mengawal atur sendi yang akan membantu pergerakan otot mengikut koordinasi dan kemampuan pesakit.

1BC2EFB2 FB39 43C8 957F 2A2BEEDF64FD

 
Dengan adanya perkhidmatan rehabilitasi robotik di IPPT ini, ia akan memberi manfaat kepada semua pesakit yang memerlukan, terutamanya yang berada di wilayah utara Semenanjung Malaysia.
“Perkhidmatan robotik HAL Cyberdyne berteknologi tinggi ini hanya terdapat di beberapa pusat pemulihan perubatan di Malaysia. Saya harap perkembangan perkhidmatan robotik ini dapat memberi inspirasi kepada jurupulih perubatan di IPPT untuk meneroka strategi pemulihan yang novel dan berkesan, serta penciptaan teknologi rehabilitasi yang canggih seperti HAL Cyberdyne,” ujar Dr. Ooi Cheong Hwa, Ketua Unit Senaman dan Rehabilitasi IPPT.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila hubungi Unit Senaman dan Rehabilitasi IPPT di talian +604-5622362.
 
Teks: Mahirah Mahyidin/Foto: Norizan (IPPT)
  • Created on .
  • Hits: 1119

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024