USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM - UTM METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN TINGKATKAN USAHASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Februari 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk meningkatkan usahasama serta perkongsian kepakaran dalam bidang akademik dan penyelidikan

 
Majlis penandatanganan MoU itu disempurnakan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dengan Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Profesor Dr. Normastura Abd Rahman sebagai saksi manakala UTM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Dekan Fakulti Sains, Profesor Madya ChM. Dr. Zaiton Abdul Majid sebagai saksi. 

951E55BA AEE1 4CB3 88EA 2457FF0118DF
 
Ahmad Fauzi dalam ucapannya berkata, UTM melalui perancangan strategik sentiasa berusaha memperkasa dan perkukuhkan pelbagai bidang meliputi pembangunan akademik dan penyelidikan melalui jaringan kerjasama antara UTM dan USM selari dengan visi dan misi UTM sendiri. 
 
“Permeteraian MoU ini adalah bertepatan dengan aspirasi UTM untuk meningkatkan produktiviti serta mengekalkan jaringan kerjasama di peringkat nasional mahupun antarabangsa. 
 BC856F5A 711A 4F09 9D69 ACCD2DCBDCE3
“Selain itu, MoU ini mampu memperkukuhkan kerjasama dua universiti melalui perkongsian kepakaran dan pembangunan bidang sains pergigian, teknikal yang berkait sains kesihatan serta bio-makmal bagi keperluan sejagat,” katanya. 
 
Menurut Ahmad Fauzi, cara terbaik untuk meneruskan kesinambungan hubungan antara universiti adalah melalui MoU seterusnya usaha mengekalkan status universiti penyelidikan yang diberikan kepada kedua-dua universiti. 
 772CAEC8 327C 4A16 A8EE 2866E4A76D08
Sementara itu, Faisal Rafiq berkata, beliau amat berbesar hati dengan kerjasama yang dimeterai dan yakin ia akan membuka peluang yang lebih luas terutama untuk para penyelidik daripada Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) meneroka bidang penyelidikan dengan sebaiknya seiring menghadapi cabaran industri 4.0. 
 
“Aspirasi kepada pemeteraian MoU ini antara lain bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi pintar dan dinamik di antara universiti dan industri dengan perkongsian kepakaran dalam membangunkan bidang nanoteknologi dan pemerkasaan keupayaan teknikal yang berkaitan dengan ‘nano-painting’ dan ‘coating’ untuk manfaat keperluan sejagat melalui pembangunan makmal satelit.  
 5C971D75 6FB3 455C BEE2 5DBD0B979B0B
“Kerjasama ini secara signifikannya dapat meningkatkan kepakaran staf sekaligus memberi impak kepada pembangunan akademik para pelajar selain berperanan dalam memperluas rangkaian kerjasama strategik di antara universiti-universiti awam dengan rakan-rakan global. 
 
“Saya berharap agar MoU ini mencapai sasaran yang dirancang dan saya ucapkan selamat maju jaya dan syabas untuk semua,” katanya. 
 837E43A0 D812 4838 8EEE FC58D722C9ED
 
Turut hadir dalam majlis penandatangan secara maya itu ialah Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin serta pegawai-pegawai utama USM dan UTM. 
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 660

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024