USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SERTA PENEROKAAN TEKNOLOGI ANGKASA MELALUI KERJASAMA SPACEIN DAN APADILANGIT

B79C1AD1 3723 4E63 A25D A710AAD0D752

NIBONG TEBAL, 22 Februari 2022 – SpaceIn Sdn Bhd, syarikat spin-off Universiti Sains Malaysia (USM) telah menandatangani memorandum perjanjian (MOA) bersama Langit Kita Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Apadilangit.

Perjanjian ini merangkumi pembangunan bersama modul pendidikan teknologi angkasa dan Apadilangit dilantik untuk memasarkan produk pendidikan angkasa serta perkhidmatan pelancaran belon altitud tinggi yang dibangunkan oleh SpaceIn Sdn Bhd.

‘Apadilangit sudah lama berada dalam industri pendidikan angkasa dan sangat berpengalaman menjalankan pelbagai aktiviti bersama pelajar-pelajar sekolah di Malaysia dan pada tahun 2021 sahaja, peserta program Apadilangit telah mencapai 180,363 orang,” kata Pengarah SpaceIn Sdn Bhd, Dr. Norilmi Amilia Ismail.

“Oleh itu, kerjasama ini diharap dapat melengkapkan ekosistem pendidikan angkasa yang mana SpaceIn akan membantu untuk membekalkan kit pembelajaran berkaitan teknologi angkasa kepada Apadilangit.

“Kit pembelajaran yang dinamakan Cansat fo Kit Education atau CaKEd akan dibangunkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi pembuatan satelit,” tambah Norilmi.

CEO Apadilangit, Hafez Ahmad Murtza pula menyatakan bahawa pelancaran belon beraltitud tinggi atau HAB merupakan salah satu dari kaedah paling mudah serta murah untuk memberi keterujaan angkasa kepada pelajar dan peminat angkasa.

“Malah, kerjasama bersama SpaceIn untuk perkhidmatan pelancaran HAB ini akan membuka peluang kepada semua untuk turut sama dalam aktiviti berkaitan angkasa di masa akan datang,” kata beliau.

4065D761 4C47 4FAF 8B93 C391F321E084

SpaceIn Sdn Bhd adalah syarikat yang membangunkan teknologi satelit bersaiz kecil dan ditubuhkan pada November 2020 dengan produk pendidikan satelit sebagai permulaan.

Selain daripada itu, syarikat ini juga baru sahaja memenangi Geran Pembangunan Perniagaan, SUPERB TERAJU 2021 untuk projek Iot satelit menggunakan platform satelit piko.

Manakala Apadilangit pula adalah sebuah syarikat dibangunkan dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran angkasa lepas kepada generasi muda sambil menyumbang kepada pembangunan teknologi dan sosial negara dengan membangunkan komuniti angkasa lepas, membina teknologi, mencipta pendekatan baharu dan membantu merangsang kesedaran nasional Malaysia serta program angkasa global serta kepentingannya untuk masyarakat dan ekonomi moden Malaysia.

Teks adalah sumbangan Dr Norilmi Amilia Ismail. Beliau merupakan Penyelaras Program Angkasa serta pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.

Foto: Ihsan Makmal Sistem Angkasa, PPK Aeroangkasa

  • Created on .
  • Hits: 416

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024