USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BANYAK CABARAN BEKERJA SENDIRI


usmglobe

PULAU PINANG, 1 Julai 2013 - “Menjadi ketua dalam syarikat sendiri mempunyai banyak cabarannya, terutamanya dalam  kalangan keluarga dan rakan yang prihatin terhadap keputusan yang dibuat di samping menerima hakikat yang kita tidak lagi menerima gaji tetap setiap bulan,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Globetronics Technology Bhd. (GTB) Heng Huck Lee.

Bercakap dalam Siri Syarahan USM-CEO Kali Kedua (2nd USM-CEO Talk Series) yang diadakan  di sini yang bertajuk  “Nurturing A Local Enterprise to Support Global Market”, alumni USM yang memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan pada tahun 1983 itu memulakan operasi GTB dalam tahun 1991 yang menerokai peluang untuk membawa produk tempatan ke pentas dunia.

Menurut Heng Huck Lee, untuk berjaya seseorang CEO dan sesebuah syarikat perlu berfokus dalam pembangunan produk dengan nilai tambah yang relevan dengan kehendak pasaran memandangkan terdapat begitu banyak cabaran dalam menjenama dan memposisikannya di peringkat global.

“Saya berpegang kepada kepuasan pelanggan sebagai satu keutamaan di samping secara berterusan melihat kepada kreativiti dan inovasi serta memastikan setiap perbelanjaan dilakukan secara produktif,” kata Heng Huck Lee lagi.

Hadir di majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dato’ Dr. See Cheng Mey, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Muhamad Jantan, Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Profesor Madya Dr. Sofri Yahya dan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Profesor Dr. Fauziah Md. Taib.

Siri Syarahan USM-CEO kali kedua ini dikelolakan oleh Pusat Pengajian Pengurusan USM. Lebih 200 orang hadir mengikuti syarahan ini. – Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohamad Danial Shahri

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1534

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024